Syamsul Yusof Bakal Nikah Dengan Puteri Sarah Mac Ini

Ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang dipercayai diambil ketika Puteri Sarah Liyana dirisik oleh ibubapa Syamsul Yusof, pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengesahkan berita tersebut dan mendedahkan mereka akan disatukan pada bulan Mac akan datang.

Menerusi laporan Media Hiburan, Yusof Haslam memberitahu bahawa Syamsul pernah memberitahu ibunya yang dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta keluarga itu masuk merisik.

Sebelum ini media hiburan melaporkan Syamsul pernah meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga selepas filem KL Gangsrter 2 ditayangkan dan Syamsul telah pun memberitahu bapanya siapa gadis yang menjadi pilihan hatinya.

Gambar merisik Puteri Sarah

 

Setelah perbincangan dilakukan, kemungkinan besar majlis akad nikah akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya.

Sebagai bapa, Yusof mendoakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinan anaknya dan tidak pernah sesekali pun menghalang siapa yang menjadi pilihan anaknya itu.

Komen Datuk Yusof Haslam

“Syamsul beritahu ibunya dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta kami masuk merisik. Setelah perbincangan dilakukan, Insya-ALLAH bulan Februari atau Mac ini mereka akan disatukan. Kemungkinan akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya.

“Sebagai bapa, saya doakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinannya. Kami juga tidak pernah menghalang siapa pun yang menjadi pilihannya waima wanita itu orang putih sekali pun. Semoga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar,”

Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Syamsul luah hasrat nikahi Sarah selepas pulang umrah

Dalam pada itu, ibu Syamsul menjelaskan anaknya itu menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.

Jelas ibunya lagi, sepanjang berada di Mekah, Syamsul hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

“Kata Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

“Sekembalinya dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu,”kata ibu Syamsul

 

Komen Syamsul
Syamsul enggan memberi komentar terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon cantik itu.

“ Saya tak ada apa-apa komen. Saya dengan Puteri Sarah, kami profesional, kami ‘shoot’ sama. Saya sebenarnya dah tak nak komen lebih-lebih tentang kehidupan peribadi saya.

“Saya lihat banyak lebih ke arah yang bila orang tahu banyak tentang saya, lebih banyak perkara yang negatif daripada positif. Jadi, apabila sampai masa saya akan beritahu. Saya akan kongsi,”

 

Isnin lalu, forum CARI telah berkongsi beberapa keping gambar yang dipercayai foto majlis merisik untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Majlis merisik pasangan ini telah diadakan secara sederhana pada hari Ahad lalu di kediaman keluarga Puteri Sarah yang terletak Sri Damansara.

Percintaan Puteri Sarah dan Syamsul sejak tahun lepas

sumber : murai.com.my

Ammar dedah rahsia

Hubungan kedua selebriti ini didedahkan sendiri oleh bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian Aziz yang juga seorang pelakon dan model, kira-kira empat bulan selepas mereka disahkan berpisah.

Ammar mendakwa hubungan Syamsul dan Puteri Sarah mulai rapat sekitar Oktober 2012, biarpun hubungannya dengan Puteri Sarah hanya berakhir pada Disember tahun yang sama.

Ammar dan Puteri Sarah sebelum itu, bercinta selama lima tahun.

Manakala Syamsul dalam temu bual bersama sebuah akhbar juga turut menafikan dia bercinta dengan Puteri Sarah dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar kawan biasa.

Sementara itu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan pada Mei tahun lalu, Syamsul dan Ammar dilaporkan hampir bertumbuk ketika menyelesaikan masalah yang melanda mereka berdua berkaitan Puteri Sarah.

Namun, dalam segala cerita pahit berkaitan mereka bertiga, Puteri Sarah mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk bertudung dan meninggalkan industri lakonan bagi mengelakkan dia bersentuhan dengan bukan muhrim.

Bagaimanapun Puteri Sarah dilaporkan tidak keberatan untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan, asalkan sesuai dengan imej baharunya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold