Aisya Hasnaa Adik Chef Anis

Kakak kepada pelakon dan penyanyi Aisya Hasnaa, 24,  ni Chef Anis Nabilah,  28 , wajah mereka memang seiras ye. Kakak memasak dalam rancangan Icip Icip dan adiknya pula berlakon dan pandai menyanyi. Sekarang bakat Aisya semakin menyerlah dalam bidang lakonan. Ada beberapa drama lakonan dia.  Drama lakonannya Sekali Sayang di samping Beto Kushairy, akan datang ialah Romi Cinta Julia, Nota Untuk Sang Awan dan Cerita Satu Malam

Dream Sisters satu rancangan yang ala ala Kardashians pernah diterbitkan di Tv9 tahun lepas, memaparkan kisah adik beradik Aisya dan Anis yang berbeza kerjaya. Anis Nabilah (Anis), 28, Aimi Nadirah (Aimi), 27, Amirah Hani (Amira), 30, dan Aisya Hasnaa (Aisya), 24.

Chef Anis memasak di tv apabila segalanya bermula empat tahun lalu apabila dia sedang mengikuti pengajian Seni Kulinari di Food Institute of Malaysia (FIM).

Aisya Hasnaa boleh menyanyi dan berlakon

Sementara itu, kata Aisya, semua ahli keluarganya boleh memasak dengan baik tetapi hanya Anis dilihat mempunyai keinginan tinggi mendalami ilmu kulinari dan memilih untuk menjadi Chef.

“Dulu sewaktu kami kecil, ibu akan membawa lapan anaknya masuk dapur bagi melihat dia memasak. Itu saja cara yang ibu fikirkan kami semua akan selamat kerana ada depan mata.

“Sebenarnya, kebolehan memasak yang kami miliki ini datang daripada ibu kerana dia memang sangat pandai memasak. Bayangkan kalau orang buat kek batik ada tiga warna, kami ada lapan warna. Ibu akan bagi setiap daripada kami doh untuk dicampur dengan warna kegemaran,” katanya.

Aisya juga memanjatkan kesyukuran atas kejayaannya dicalonkan di APM.

“Saya ingin berjaya dalam bidang diceburi kerana memang meminati seni persembahan dan mengikuti pengajian dalam bidang sama. Selain menyanyi, saya juga ada impian untuk melakukan perkara lain antaranya berlakon dalam drama teater muzikal.

“Bagaimanapun saya mahu beri tumpuan kepada promosi Lagu Mahu Kamu terlebih dulu. Sekiranya ia sudah kukuh barulah saya mencari ruang untuk berlakon dalam teater muzikal,”

Aisya Hasnaa  telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak berumur 14 tahun lagi. Muzik Jazz ialah muzik yang sangat digemarinya.

Aisya pernah melanjutkan pelajaran dalam  Kursus Seni Persembahan di Kolej Universiti Sunway ini pernah membuat beberapa persembahan nyanyian di beberapa acara besar seperti di majlis pelancaran Zoom Malaysia di One Utama, Fly FM Campur Chart di Laundry Bar, dan Klue Urbanscapes di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur.

Adik beradik Aisya dan Anis

Single terbaru Aisya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Aisya Hasnaa Adik Chef Anis”

  1. Ummi Hanie says:

    Sahih!

    Dah agak mesti adik bradik chef Anis. Muka serupa ;)

  2. bufy_achik says:

    patotlah masa mula2 keluar thriller citer romi cinta julia (ROJU) ingat Chef Anis yang berlakon! Semangat dahh rupanya bila tengok, bukan dia. Pastu sekarang saja try google Aisha Hasnaa, rupanya betul Chef Anis……punya adik.. Hehe..

    Tazzabar tomorrow last epi for ROJU! Soooo exciteddd!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold