Wan Maimunah Tak Minta Wang Ringgit Sebagai Mas Kahwin

Aktres veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, kini bergelar isteri kepada usahawan makanan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin ‘bimbingan ke jalan yang diredai Allah’ .

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Dramatis yang terkenal dengan watak air mata itu juga menerima sebentuk cincin dan gelang emas sebagai simbolik wang hantaran, disarungkan oleh suaminya ketika menyempurnakan upacara pembatalan air sembahyang.

Wan Maimunah yang anggun dalam busana berwarna putih rekaan Iezla Bridal, kelihatan menitiskan air mata sejurus pernikahan dan cuba ditenangkan oleh ahli keluarga serta sanak-saudara.

Ketika ditemui, dia menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana pada usia sedemikian, masih ada lelaki yang mahu mengahwininya.

“Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

“Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Makpol memberitahu, dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus aktif dalam dunia seni malah merestuinya.

“Saya tidak boleh merubah apa yang sudah sebati dalam hidupnya dan bersedia berhadapan dengan rencah kehidupan dunia artis,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold