Tiga Beradik Tak Sempat Bercuti Di Kampung Nenek

“Abah jom balik rumah mak(nenek) Terengganu”

Itulah antara ungkapan yang masih terngiang-ngiang di telinga Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang dibunuh kejam ketika mengingatkan kembali telatah anak-anaknya ketika masih bersama dengannya.

Kata-kata itu dilontarkan Allahyarham Puteri Nurul Akma Rusdi berusia tiga tahun yang begitu beriya-iya mengajak Rusdi dan isteri, Siti Aishah Arifin, 39, balik bercuti di rumah nenek mereka di Jertih, Terengganu susulan musim cuti persekolahan.

Beliau amat terkilan dan sedih kerana Puteri setiap malam mengajak beliau ke Terengganu kerana ingin tinggal lebih lama.

Katanya sebelum ini mereka sekeluarga hanya pergi bercuti dua atau tiga hari sepanjang cuti persekolahan namun kali ini berhasrat untuk tinggal lebih lama kerana Rusdi mendapat cuti selama dua minggu.

Bagaimanapun hasrat untuk bercuti bersama anak-anak berkecai apabila kesemua anak-anaknya meninggal dunia.

“Bagi tahu dia(Allahyarham) kata tidak apalah tahun ni kita tidak payah balik, kita balik bulan 12 tahun depan. Jadi sekarang inilah tengah menghitung (mempertimbangkannya) dengan anak-anak. Jadi 12 haribulan bulan  ini nak balik Terengganu. Anak yang bongsu setiap malam mengajak balik rumah ‘mak’ Terengganu, setiap malam panggil ‘mak’ sana.”

Rusdi bagaimanpun reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai ujian tuhan dan mahu pihak polis segera menangkap pembunuh anaknya itu agar ianya tidak berlaku kepada orang lain.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di Alor Setar jam 3.45 petang Sabtu selepas keluar rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat.

Lebih menyayat hati, mayat puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang Ahad di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

 

Sumber :Astro Awani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold