Sinopsis JIWA Slot Aksi Tv3

Drama bersiri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3.

 

Sinopsis JIWA

‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo),  ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.




Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.


Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.


Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.





Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.

Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.

Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.





Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.


Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.

Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.

Masturi mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?




Siti Elizad kembali berlakon

Siti Elizad membuat comeback setelah lama menyepi dari dunia lakonan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis JIWA Slot Aksi Tv3”

  1. niezzareena says:

    pelakon hebat2 belaka… jalan cerita pun nampak menarik. boleh layan ni.
    niezzareena recently posted..aonang beach ; krabi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold