Sinopsis Filem KOLUMPO

KOLUMPO, sebuah filem Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim. Dibintangi Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Soffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.

Akan ditayangkan pada 05.12.2013.

Genre Drama:Comedy
Diarahkan dan ditulis oleh :Bront Palarae, Sheikh Munasar and Rozi Izma Abdul Karim
Diterbitkan :Otto Films Sdn Bhd

SINOPSIS

Dari Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita — cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari. Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

Lagu OST Kolumpo

*******************

p/s: Filem ni dijamin lain dari yang lain dan lari dari tema filem cinta yang selalu dipaparkan seperti kahwin kontrak, kahwin paksa cerita dato dato anak orang kaya……

 

Baca: Amirul Ariff Disangka Johan Asari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold