Sinopsis Ariana Rose Adaptasi dari The Wedding Breaker

Sudah tamat drama bersiri Playwood  Playboy Itu Suami Aku dan akan digantikan dengan drama baru bertajuk Ariana Rose adaptasi dari novel popular The Wedding Breaker. Peminat drama yang tak berapa layan PISA sebelum mungkin akan teruja dengan barisan pelakon hebat seperti Nur Fathia, Keith Foo, Nabila Huda, Tasya Shila dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh pengarah terkenal Raja Alauddin Shah.

Sinopsis Ariana Rose

Mengisahkan  seorang gadis bernama Ariana Rose (Nur Fathia) yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam Kamil (Keith Foo) di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita (Tasha Shila).

Tindakan Ariana yang mengaku sedang mengandungkan anak Tengku Adam menggamatkan suasana dan menyebabkan perkahwinan tersebut tidak diteruskan.

Apakah motif Ariana hingga sanggup mneghancurkan masjid yang bakal dibina oleh Tengku Adam? Dan persoalan terbesarnya, mampukah Ariana Rose membuatkan penonton tergesa-gesa pulang ke rumah dari pejabat untuk menonton drama ini?

Ariana Rose akan bersiaran pada 30 Disember 2013 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.
Trailer

Gambar mesra Fathia dan Keith Foo

Barisan pelakon Ariana Rose

 

Dayang Nurfaizah penyanyi lagu tema Ariana Rose

Petikan dari Novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…” – Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

 

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana… Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Ariana Rose Adaptasi dari The Wedding Breaker”

  1. Fiza says:

    Fathia dan Keith Foo memang serasi, suka sangat tengok diorang berdua berlakon
    Fiza recently posted..Testimoni Set Kecantikan :Tak Percaya Kulit Jadi Gebu Dengan Vitamin Shaklee

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold