Pelakon Amirul Ariff Disangka Johan Asari

Pelakon baru  yang membintangi filem KOLUMPO  iaitu Amirul Ariff  kini mula menempa nama dalam dunia lakonan . Filem lakonan pertama Amirul ,  “Kolumpo” bakal ditayangkan pada 5 Disember.

Sekali imbas melihat Amirul dalam trailer Kolumpo , admin sangkakan Johan Asari yang berlakon bersama Sharifah Amani, rupa rupanya itu bukan Johan Asari tetapi Amirul. Senyuman dan rambut serta wajahnya memang mirip Johan Asari.

BACA: SINOPSIS KOLUMPO

Gambar Amirul Ariff

Mengenai Amirul Ariff

Sebagai pelakon baru, Amirul bertuah apabila berpeluang bekerja dengan pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Aman, Shiekh Munasar, Azad Jazmin dan juga Bront Palarae.

Menurut pengarah filem “Kolumpo” Sheikh Munasar, Amirul mempunyai pakej lengkap dan mampu pergi jauh dalam industri hiburan.

“Saya bertemu dengan Amirul ketika dia masih belajar di Aswara. Saya tertarik dengan karakternya ketika sesi ujibakat. Dia menunjukkan kelemahannya di hadapan kamera, sekaligus menjadikan lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan wataknya.”

Dalam pada itu, pelakon popular, Azad Jasmin sempat berjenaka apabila berkata, semasa pertama kali bertemu dengan Amirul, dia menyangka bahawa Amirul adalah Johan As’Ari.

“Kali pertama saya jumpa Amirul adalah ketika itu dia bekerja di belakang tabir, namun sekarang dia sudah berlakon di sisi pelakon hebat Sharifah Amani, dan saat paling kelakar adalah bila saya sangka Amirul ini Johan As’ari kerana wajah mereka hampir sama,” seloroh Azad.

Selain Amirul, Sharifah Amani dan Azad Jasmin, “Kolumpo” turut dibarisi pelakon lain seperti Nell Ng, Ruminah Sidek, Soffi Jikan dan ramai lagi.

“Kolumpo” yang diarahkan oleh Bront Palarae, Sheikh Munasar, dan Rozi Izma bakal menemui penonton pada 5 Disember depan.

 

Biodata

Nama : Amirul Ariff  b Abdul Wahab

Umur : 25 Tahun

Lahir di Kuala Lumpur.

Amirul Ariff tiada pertalian darah dengan Johan Asari

Amirul menerangkan dia tiada pertalian darah dengan Johan Asari kerana  wajahnya mirip wajah Johan, dia dikatakan adik beradik kepada pelakon Juvana Johan Asari.

 Amirul pelajar Aswara

Dia dilahirkan di Kuala Lumpur itu tidak pernah menyangka bahawa haluan hidupnya sehabis pengajian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan membawa dirinya ke depan kamera.

“Saya mulanya diminta untuk uji bakat tetapi tidak sangka akan terpilih. Saya amat serius dalam melakukan sesuatu kerja yang melibatkan filem kerana minat saya yang mendalam terhadap perfileman dari dahulu lagi. Kesungguhan saya itu berbaloi dengan kepercayaan yang diberikan kali ini.

“Selama ini saya kru filem tapi saya sahut cabaran Kolumpo dengan sepenuh hati. Apa yang terlihat daripada watak saya dalam filem itu juga ada kaitan dengan perasaan saya ketika ini. Saya kekok dan masih risau dengan penerimaan ramai,”

“Dalam Kolumpo, saya jadi pemuda yang janggal apabila berhadapan dengan masyarakat kerana saya ibarat berada dalam kepompong dunia saya sendiri. Watak sulung yang saya bawakan ini agak terhad permainannya demi tuntutan karakter,” ujar Amirul yang risau apabila diberitahu gandingannya merupakan pelakon yang cukup berkarakter, Sharifah Amani.

“Walaupun saya terbiasa dengan kerja pembikinan filem, berlakon sebenarnya tidak mudah. Saya kena belajar dari bawah dan Amani sendiri sangat banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Begitu juga dengan Bront serta pengarah segmen iaitu Sheikh Munawar,” jelas Amirul yang mengidamkan watak antagonis jika masih diberi kepercayaan dalam bidang lakonan selepas ini.

 

Amirul bermula sebagai kru filem

Bermula sebagai graduan kepada seorang kru produksi dan kini watak utama dalam filem pertama lakonannya, Amirul Ariff nyata ingin memenuhi setiap sisi yang ada di dalam dunia perfileman.

“Sebenarnya bagi saya, menjadi seorang yang mempunyai latarbelakang di dalam dunia perfileman, saya mahu mencuba semua cabang yang telah saya pelajari ketika belajar dahulu. Tak sangka saya dapat peluang itu sekarang dan terima kasih kepada Sheikh Munasar yang percaya pada saya.

“Di dalam produksi saya banyak membuat kerja antaranya sebagai fokus puller dan lighting designer. Dunia lakonan adalah perkara yang saya ingin saya cuba sejak bergelar graduan dalam bidang perfileman.

“Diberi kesempatan berlakon dengan Sharifah Amani serta semua individu yang terlibat dalam pembikinan Kolumpo adalah pengalaman pertama yang sangat memberi inspirasi kepada saya,”cerita Amirul Ariff yang membawakan watak Afiq didalam filem Kolumpo.

“Saya memang kini membuka ruang untuk diri saya mencuba dunia lakonan dan diharapkan saya menggunakan peluang ini untuk mengasah lagi bakat lakonan yang ada dalam diri.

Anak pengkritik filem.

Amirul yang merupakan anak pengkritik filem terkenal, A. Wahab Hamzah

Bapanya A. Wahab Hamzah  pernah terlibat dengan Festival Filem Malaysia (Kategori Filem Cereka dan Filem Pendek), menjadi panel juri Sri Angkasa, Bahagian Drama TV, panel juri Anugerah Skrin TV3, panel juri Anugerah Sastera Johor, Sarawak dan negeri Sembilan, juri Peraduan Menulis Skrip Filem Cereka anjuran Finas.

Beliau yang juga dikenali sebagai seorang pengkritik filem dan teater tanah air pernah memenangi Hadiah Trofi Samad Idris untuk kritikan filem terbaik (2003 & 2006). Selain itu juga A. Wahab Hamzah pernah dianugerahkan dengan Anugerah Tinta Kencana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Trailer Kolumpo

Filem Kolumpo diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh 3 orang pengarah iaitu Bront Palarae, Rozi Izma Abdul Karim dan Sheikh Munasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pelakon Amirul Ariff Disangka Johan Asari”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold