Mamat Khalid Mahu Ella Dalam Rock 3

Mamat Khalid dikatakan berhasrat untuk menyunting Ratu Rock Negara, Ella untuk membintangi filem sekuel Rock 3 yang akan memulakan penggambarannya pada awal tahun hadapan.

Menerusi Bi-Pop hari ini, Mamat dikatakan berminat untuk mengambil Ella berlakon kerana mahu memberikan lebih corak dan jalan cerita menarik berkaitan filem yang menyentuh tema dunia rock Melayu pada era 1980-an dan 1990-an itu.

Pasti peminat Ella tak sabar menantikan naskhah lakonan terbaru penyanyi suara serak-serak basah itu kan.

Sebelum ini, filem Rock dan Rock Oo berjaya mencatatkan kutipan yang agak memberansangkan lantas Mamat tidak teragak-agak untuk menerbitkan lagi francais filem tersebut.

Rock dan Rock Oo sebelum ini dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Tasha Shilla.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold