Kematian Tiga Beradik di Kedah :Polis Buru Teman Lelaki Mangsa

Berita penuh kematian 3 beradik ditemui mati di Kedah.

Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

“Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa,” katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Norsyafika Nadia Rosdi

Izaati

 

 

Puteri Nurul Akma

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

“Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak,” katanya.
Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

-Berita Harian

 

Mangsa Yang Ditemui Mati Tidak Dirogol – Polis

ALOR SETAR: Polis telah mengesahkan bahawa Nur Syafikah Rusdi yang ditemui mati di Alor Senibung, Pendang, mati kerana lemas dan bukannya dirogol dan dibunuh seperti jangkaan awal.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata mengikut keputusan awal bedah siasatnya, Nur Syafikah didapati lemas kerana mukanya tersembam dalam lumpur.

Ahmad berkata laporan itu turut menunjukkan bahawa tiada sebarang kesan rogol ke atas mangsa.

Sementara itu, mayat dua adik Nur Syafikah ditemui terapung lebih kurang 12 kilometer dari tempat mayat Nur Syafikah ditemui.

Mayat Nur Izzati Husna Rusdi,12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, ditemui pukul 4 petang semalam.

Ahmad berkata sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.

“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan,” tambah beliau.

Beliau menambah tidak mungkin kedua mayat adik Nur Syafikah hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air itu tidak bersambung antara satu sama lain.

Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Astro Awani

 


Baca lagi : Peta lokasi kejadian 3 beradik mati

   3 Beradik Tak Sempat Pulang Ke Kampung Nenek di Terengganu

  Remaja 16 tahun ditahan reman

 

Tiga beradik mahu ambil upah

Majikan yang telah mengupah Norsyafika Nadia Rusdi juga bingung di atas kematian 3 beradik  yang  ditemui terapung dalam sawah padi.
Rohani Ariffin , 44, menjalankan perniagaan yang menyediakan botol untuk syarikat detergen cecair dan telah mengupah Norsyafika untuk membantu membersihkan botol.

Norsyafika dan adik-adiknya telah keluar dari rumah mereka untuk mengambil upah  bulanan  dari Rohani , jarak dari rumah mereka dan rumah Rohani ialah   kira-kira 6km. Selepas itu mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Mayat mereka ditemui di dua tempat yang berbeza  dengan jarak  beberapa kilometer jauhnya .

Rohani, ketika ditemui semalam berkata, tidak ada sesiapa dirumahnya pada hari kejadian. Dia dan keluarganya telah pergi ke rumah saudaranya di Pokok Sena pada pukul 3 petang pada hari Jumaat .

“Saya hanya tahu mengenai perkara itu  apabila bapa mereka datang ke rumah saya selepas tengah malam pada hari yang sama untuk bertanyakan  tentang anak anaknya yang hilang.

” Mereka sering datang ke rumah saya untuk berbual dengan anak perempuan saya Nor Atirah Abdul Malik , 12, yang merupakan rakan sekelas Nur Izzati Husna ,”

Beliau menambah bahawa dia dan keluarganya tidak melihat tiga beradik itu  hari Jumaat kerana mereka sekeluarga  hanya sampai ke rumah pada  tengah malam.

Saudaranya  Mazlan Ariffin , 51, pula berkata,  kali  terakhir  tiga beradik itu dilihat berada  berhampiran sebuah kedai kopi di kampung mereka pada kira-kira pukul 9 malam.
” Anak saya melihat mereka tetapi tidak bertanya ke mana mereka hendak pergi .
Beliau berkata ternampak  motosikal Syafikah berada di  perhentian bas dalam keadaan berkunci.

Mazlan menambah beliau percaya Norsyafika telah meninggalkan motosikal itu di sana selepas ia kehabisan bahan api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold