Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang Bermula

Bekalan air di 5 kawasan di Lembah Klang bakal terjejas selama 13 jam, bermula jam 8 pagi hari ini.

Gangguan bekalan air itu melibatkan sejuta pengguna  dan adalah berpunca daripada pemberhentian operasi sementara loji rawatan air, (LRA), Sungai Selangor Fasa Dua, (SSP2) di bawah kendalian Puncak Niaga Sdn Bhd membabitkan 217, 694 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor, (SYABAS).

PNSB sebelum itu, membuat permohonan kepada SYABAS bagi melaksanakan kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama di loji berkenaan.

Sehubungan itu, SYABAS akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan, (ERP), kod kuning ketika loji berkenaan tidak beroperasi.

Pemulihan bekalan air secara berperingkat dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama sehingga 22 Disember.

Berikutan gangguan bekalan itu sudah diberikan notis awal, SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang tempoh gangguan, kecuali kepada pengguna kritikal di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.

 

Sejuta pengguna terjejas

Dianggarkan sebanyak satu juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air bermula 17 sehingga 22 Disember.

Notis ini dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) selaku pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dilaporkan terpaksa menghentikan sementara operasi loji itu bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama di loji tersebut.

Menurut Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred kerja-kerja yang dimaksudkan ialah menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah (‘Transformer’) No.1 di Muka Sauk (‘Intake’), pembaikan paip keluli (‘mild steel’) bersaiz 1400mm untuk paip ‘Flow Splitter Stream C’ dan penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) iaitu pengepaman air bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar.

“Kerja naktaraf ini bagi meningkatkan keupayaan tunggu sedia dan memastikan Pam Air Mentah di Muka Sauk dapat beroperasi dengan lancer” jelasnya.

Kerja-kerja hentitugas akan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember  dan tempoh pemulihan dijangka bermula pada jam 9.00 malam hari yang sama berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember .

Sumber: Astro Awani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang Bermula”

  1. Mycherita says:

    Diharap bagi mereka yang terlibat dengan ganguan ini bersabar.Saya berharap lah kejadian catuan air ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.
    Mycherita recently posted..Senarai terkini kawasan ganguan bekalan air.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold