(Gambar)Erma Bayar Duit Saman Rebecca Guna Syiling 5 Sen

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabatĀ  peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

 


Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan samanĀ  pada 23 Julai 2013. Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Erma menjawab dakwaan pasal Al quran hadiah untuk sindir Rebecca

Kata Erma di twitternya, hadiah al Quran bukan untuk menyindir Rebecca , ianya hanya hadiah seperti orang hadiah hantaran kahwin adakah Al Quran untuk dijadikan sindiran.

 

p/s: apa kecoh kecoh, pegi bank le tukar duit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Gambar)Erma Bayar Duit Saman Rebecca Guna Syiling 5 Sen”

  1. akubiomed says:

    Jenuh hendak kira jumlah 5sen yang banyak.
    akubiomed recently posted..Contest SEO Eridy medan menguji taktikal

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold