Gambar Kereta Proton Perdana Baru

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan kereta Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Pada sidang media , Pengerusi Eksekutif Proton , Tan Sri Mohd Khamil Jamil  berkata Proton Holdings Berhad , anak syarikat milik penuh DRB- Hicom , telah menghantar  200 unit Perdana kepada Kerajaan .

Beliau berkata sebanyak 3,000 unit akan dihantar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh masa dua tahun untuk menggantikan Perdana yang lama.

Perdana tidak dijual pada orang ramai.

 Buat masa ini, Proton Perdana akan hanya digunakan sebagai kereta rasmi kerajaan. Ia tidak akan dijual kepada orang ramai.

Mohd Khamil berkata baru Proton Perdana adalah sebahagian daripada program pembangunan yang dilaksanakan oleh Proton dengan rakan kongsi  Honda.

Beliau berkata Proton telah mula fasa kedua program ini yang melibatkan pembangunan model segmen-D (keluarga besar)  di bawah inisiatif platform perkongsian dengan Honda, dengan reka bentuk dalaman yang baru dan perubahan luaran.

” Ia akan diumumkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan  dan akan dijual kepada orang ramai, ”

sumber : Bernama

Gambar kereta Proton Perdana baru

Acuan reka bentuk Proton Perdana terbaru ini sama seperti reka bentuk Honda Accord generasi ke 8.

Warna Proton Perdana baru

Proton Perdana baru untuk kerajaan didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan “purple grey” dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L.

Harga Proton Perdana ??

Bagaimanapun, kereta ini tidak dijual kepada orang awam buat masa ini.

 

Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Kereta Proton Perdana Baru”

  1. Aidil says:

    pronda. proton – honda. hehe
    Aidil recently posted..December Promo Packages 2013 4Life Malaysia

  2. Amim Blog says:

    Nampak smart gak
    Amim Blog recently posted..Warna Perniagaan Yang Terbaik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold