Drama Vektor 58 ( Akan Ditayangkan di Tv9)

Drama Vektor 58 telah lama sangat dinantikan sejak tahun 2011 hingga tahun ini barulah drama itu siap sepenuhnya dan bakal ditayangkan pada 14 Disember (itu pun kalau tidak ditukar tarikh lagi). Setiap sabtu 5.30 petang di Tv9. Drama aksi sains fiksyen ini mempunyai 13 episod. Pelakon utama Vektor 58 ialah Ain Satar sebagai Alia dan Ku Mohd Amirul sebagai Arif.

Vektor 58 dihasilkan dengan kesan CGI yang sangat banyak dan sangat rumit. Dari laporan akhbar , kos pembikinannya menelan belanja RM1.5 juta.
Di samping pelakon baru, untuk setiap episod , Vektor 58 akan tampilkan ramai cameo yang terdiri dari artis terkenal antaranya, Datuk Aziz Singah, Puspha Narayan, Kazaruddin Saisi, Elyana, Ogy Ahmad Daud, Isma Yusof, Nasha Aziz, Mohd Kamarulzaman (Ce’ Kem) dan Norman Hakim.

Barisan pelakon  utama  :

LIA: Ain Satar
ARIF: Ku Mohd Amirul
JULIA: Nor Intan Bhaizura
ANA: Fazlina Datuk Ahmad Daud
NASIR / GREEID: Jefri Jefrizal
IZAK: Mohd Kamarulzaman (Ce’ Kem)
JASMIN: Nur Iylia Insyirah
AZRUL: Norman Hakim
BLOCH: Fadzlie Rahim
MR KAMAL: Ridzuan Hashim
CIKGU NOR ZAIHAN: Nasha Aziz
REPORTER: Elyana
NEWS ANCHOR: Dynas

ATUK DAUD:Datuk Aziz Singah

KAK GEE GEE: Ogy Datuk Ahmad Daud
DR. DEWI: Pushpa Narayan
JAY CHEN: Alan Yun
HARUN LIMAU: Azmaa Aizal Yusof
TOK KETUA: Kaza
YOUNGER LIA: Melly Amalin
YOUNGER JASMIN: Puteri Asyeila Azhar (Upin Ipin)
SYAFIQ: Syafiq Sukar
FARAH: Farah Nabila Saipuddin
AFFAN: Firdaus Affan Saipuddin

Antara nama watak robot dalam Vektor 58: Bloch, Rorik, Greeid, Coda, Morglen.

Sinopsis Vektor 58

Sekumpulan robot telah datang bumi untuk menyertai satu pertandingan. Enam robot itu akan bertanding sesama sendiri dan pemenangnya akan memerintah planet yang mereka duduki. Salah satu robot itu telah hilang di bumi dan ingatannya sudah hilang akibat kemalangan semasa mendarat . Nasibnya sungguh baik sekali apabila bertemu dengan seorang remaja bernama Alian (Lia) yang telah membantu untuk mengembalikan semula ingatannya.
Semua itu juga   nampak tidak mudah kerana makhluk asing bernama Arif itu terus menjadi buruan beberapa makhluk asing lain yang ingin bertarung dengannya.

 

Alia

Arif

Cikgu Nor Zaihan

 

Robot Coda

 

Rorik

 

Morglen

 

 

Mengenai pembikinan Vektor 58

“Kami ciptakan robot itu mengikut kemampuan kami sebagai rakyat Malaysia dan saya percaya ia akan mengubah persepsi masyarakat yang sering memandang rendah kebolehan anak tempatan.

“Sebab itu, kami garapkan drama itu dengan penuh ketelitian di samping menitikberatkan penghasilan terbaik daripada aspek teknik pengimejan berkomputer (CGI). Kami cuba membina satu benda yang menjadi lambang kepada ‘superhero’ Malaysia.

“Malah, banyak lokasi yang kami gunakan dalam drama ini menampilkan pemandangan di Malaysia seperti sawah padi. Masyarakat negara ini masih lagi tidak yakin tentang drama berkonsep sains fiksyen. Diharapkan drama kami yang kami hasilkan ini akan terus diterima,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran drama bersiri terbaharu itu, di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Roshfaizal, drama ini turut mengambil masa yang agak panjang dalam proses pembikinannya bagi memberikan hasil terbaik.

“Kami mengambil masa agak lama iaitu sejak 2009 lagi. Kami memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Februari 2011, sekitar Kuala Lumpur selain menggunakan skrin hijau untuk mendapatkan babak yang menarik.

“Boleh dikatakan 40 peratus drama ini menggunakan teknik CGI dan cabaran utama pada pelakon ialah untuk membayangkan berlakon bersama robot di hadapan mereka,” katanya.

sumber :Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold