BRIM 3 2014 Dibuka Pada 23 Disember

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari 2014.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

 

Sumber : Sinar Harian

 

Syarat Bagi Layak Terima BR1m 3

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i)       Warganegara Malaysia
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
(iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
(i)       MyKad bagi pemohon; dan
(ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.

 

Kemaskini maklumat penerima Brim2

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold