Banjir di Pahang Semakin Buruk: Senarai Jalan Yang Ditutup

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mengesahkan bahawa keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di daerah iaitu Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.

Menurut laporan Bernama, seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung di Rompin ditempatkan di enam pusat pemindahan, manakala sebanyak enam kampung di Pekan dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Di Kuantan pula, seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan dan di Maran 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.

Sementara itu laluan di KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan berhampiran jambatan Sungai Charu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air melebihi satu meter.

Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka berterusan.

Maklumat dan sebarai jalan yang ditutup dari laman facebook Polis Pahang:Beberapa laluan di sekitar daerah Pahang  ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air akibat hujan berterusan sejak semalam.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, laluan terbabit:

 

1. Hadapan Wisma Belia dan Kolej Universiti Shahputra,
2. Kilometer 36 Jalan Gambang-Maran berdekatan Gambang Resort
3.Batu 12 Jalan Gambang-Kuantan.4. Kilometer 28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing,
5.Jejambat Sungai Ular di Pintasan Kuantan,
6. Kilometer 21 Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Nyamuk ke Pelabuhan dan hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Soi di sini.


TIGA laluan lain pula hanya boleh dilalui kenderaan berat:
1.  Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Kolej Profesional Mara,
2.Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
3. Jalan Balok ke pelabuhan.

Jalan Segamat -Kuantan





Berikut pihak kami senaraikan jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar negeri Pahang :DAERAH KUANTAN

1- Jln Sg. Lembing / Sg. Charu KM28 (tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Kuantan – Gambang Batu 3 (kenderaan ringan diminta berhati-hati)

3- Hadapan Wisma Belia (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia (boleh dilalui oleh semua kenderaan)

DAERAH MARAN

1- Jln Kg Bak-Bak (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

2- Jln Ulu Luit (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

3- Jln Kg Baru Jara, hadapan Kuil Marathandavar (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Kg Baru Jara KM 68.5 (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

5-Jln Maran – Jerantut KM 64 Kubur Cina (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

6- Jln Maran – Jerantut KM 61.5 Simpang Lyana Tomyam (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

 

DAERAH PEKAN

1- Jln Pekan – Nenasi KM16 (air melimpah & boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Pekan – Nenasi KM9 (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
Daerah Kuantan
1- Jln Sg. Lembing / Sg. Charu KM28 (tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Kuantan – Gambang Batu 3 (kenderaan ringan diminta berhati-hati)

3- Hadapan Wisma Belia (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia (boleh dilalui oleh semua kenderaan)

 

Untuk makluman semua, jalan-jalan sekitar Kuantan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil/ringan akibat limpahan air adalah seperti berikut :

1. KM28 Jln Sg. Lembing;
2. Bt.3 Jln Kuantan-Gambang;
3. Persimpangan hadapan Wisma Belia di bawah jejambat Kuantan Bypass;
4. Jln Bukit Ubi hadapan Balai Bomba;
5. Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia;
6. Pintasan Bukit Setongkol menghala ke Giant.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia sebarang kemungkinan dan mengikuti arahan pihak berkuasa utk berpindah sekiranya di minta berbuat demikian.

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

 

 

INFO GRAFIK

JALAN DITUTUP D 3 BUAH NEGERI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold