Banjir Buruk Jalan Ditutup di Terengganu, Pahang dan Johor

Banjir semakin buruk di 3 buah negeri. Jumlah  mangsa banjir semakin meningkat. Laporan hari ini menunjukkan jumlah mangsa yang dipindahkan di Johor ialah 6,997 orang, di Pahang 9,638 orang, mangsa banjir di Terengganu berkurang menjadi 2819 orang.

Jabatan Meteorologi Malaysia pagi semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang dan Terengganu.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Amaran Hujan Lebat dan ribut:

Ribut petir dan hujan lebat di negeri N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka dan Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian) dijangka berterusan sehingga tengah hari, Rabu 4 Disember 2013.

Sumber : http://www.met.gov.my

Berikut ialah info grafik maklumat jalan dan laluan yang ditutup akibat banjir di 3 buah negeri.

 

 Lihat info trafik di Astr0 Trafik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold