Anak Che Ta Harap Perkahwinan Ibunya Kekal Abadi

Di saat Rozita Che Wan sedang berdebar menanti disatukan dengan bakal suaminya beberapa jam lagi, turut sama berkongi perasaan itu sudah tentu dua anak bujangnya, iaitu Ammar Effendy , 17, dan Anniq Ezzra Azuar Effendy,15.

Gembira ibunya bakal mengakhiri zaman janda, Ammar berharap agar perkahwinan kali kedua ini dilimpahi kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya harap perkahwinan kali kedua mummy ini bukan cinta lokasi dan mahu ia berkekalan sampai bila-bila.

“Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati,” katanya.

Menurut Ammar lagi, adiknya Anniq turut gembira apabila ibu mereka memberitahu akan mengahwini Zain yang mesra dipanggil ‘Uncle Zain’ itu.

“Uncle Zain seorang yang ‘supportive’…dan dia tidak pernah memungkiri janji serta sangat menepati masa. Kalau dia kata nak keluar dengan mummy jam 9 malam, dia akan tiba tepat pada masa dan tak pernah buat mummy tunggu.

“Kami juga selalu ikut jika uncle Zain dan mummy keluar bersama…Menonton wayang, bermain futsal, membeli belah bersama adalah yang paling menyeronokkan,”

 

Setiap kali gossip pasal mummy dan uncle Zain keluar, Ammar tak pernah tahu sebab Ammar di asrama. Kalau tahu pun daripada guru atau kawan-kawan yang bertanyakan tentang hal tersebut.

“Ammar akan ‘call’ mummy dan mummy akan jelaskan kepada saya perkara sebenar…Saya juga tidak pernah berasa tertekan dengan gossip kerana semua itu buang masa…Cikgu dan rakan-rakan di sekolah juga sangat memahami dan tidak pernah ‘busy body’,” katanya mengakhiri perbualan.

Ammar yang bersekolah di Sekolah Yayasan Saad Melaka baru selesai menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) berharap agar memperolehi 9A+, turut mendoakan kejayaan cemerlang untuk adiknya, Anniq yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini.

Sumber : astro gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold