Akaun Bank Fedtri Yahya Diceroboh

AKAUN bank milik pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah diceroboh. Fedtri memaklumkan perkara tersebut melalui laman mikro Twitter, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Sejurus mengetahui perkara tersebut, Fedtri telah membuat laporan polis.

Fedtri juga sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak akaun bank masing-masing. “Sentiasa semak akaun bank anda. Akaun saya telah diceroboh. Laporan polis telah dibuat. Tunggu siasatan,” tulisnya.

Melalui interaksi dengan pengikutnya di Twitter, Fedtri memberitahu kejadian tersebut melibatkan akaunnya di sebuah bank tempatan. Fedtri mendakwa kemungkinan ada pihak yang menggunakan kad pendua ekoran banyak transaksi pengeluaran wang.

“Mungkin (ada) orang guna kad pendua. Ada banyak transaksi pengeluaran wang. Nasib cepat kesan,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

 

p/s : berhati hati lah , zaman teknologi semakin canggih bermacam macam cara digunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold