Tengok Filem Highland Tower Sampai Kena Rasuk

Dah tengok filem Highland Tower! terbitan MIG yang diarahkan Pierre Andre, docu filem. Memang seram, rasa sejuk, meremang kadang kadang terasa je masa tengok. Walaupun filem ni tak macam filem hantu yang selalu dibuat, kalau filem hantu biasa, wajah hantu direka dengan detail jelas menakutkan. Berbeza dengan filem Highland Tower ni, wajah hantu tak ada detail pun tak ada mata merah ke wajah ngeri ke..gigi tajam ke, mai cekik orang ke. Cukup sekadar lembaga hitam yang berada jauh dan samar samar tu dah buat orang sejuk sejuk meremang bulu tengkuk :)

Apa yang membuatkan penonton seram, bagi admin lah, suasana dalam  Highland Tower tu sendiri, dan bukannya wajah hantu. Sebab tu Highland Tower dipanggil batu nisan gergasi di  pinggir kota , yang menggamit orang yang berminat pasal paranormal nak buat kajian. Kemudian diorang sifatkan Highland Tower sebagai tempat yang menyeramkan selain dari beberapa tempat yang keras.

Berbalik pada filem ni, babak yang suspen yang Pierre ni buat memang best lah. Terasa keseramannya…mata ni antara nak tengok dan tak nak tengok. Tabik pada Pierre lah, filem  dia tak sama macam filem Potret Mistik yang terjerit jerit tapi takut dak jugak.

Kabarnya ada orang kena rasuk di pawagam masa tonton Highland Tower ni..di kongsi di fb dan twitter, tak pasti jadi kat pawagam mana kat Sarawak ke Brunei camtu lah…mesti orang yang tengok filem ni lemah semangat.

Kalau siapa yang rasa tak kuat semangat tu dan ada lemah jantung ke..dinasihatkan tak payah le tengok.

Babak Shima kena rasuk tu memang serius seram, ustaz tu pun memang ustaz yang merawat Shima di luar filem. Boleh tengok kat you tube.

 

Filem jenis docu  jugak yang admin pernah tonton dulu, best jugak la macam yang Pierre buat,sekumpulan wartawan masuk ke sebuah terowong terbiar dan mereka diserang oleh lembaga yang tak pasti apa dia. Tapi rasanya Highland Tower ni lagi seram  :)

The Tunnel 2011  trailer

kalau nak lihat full movie The Tunnel  boleh cari kat you tube, tu pun kalau tak kena block lagi.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Tengok Filem Highland Tower Sampai Kena Rasuk”

  1. kakgojes says:

    tak tengok lagi muvie tu…xde ker kalau online?
    kakgojes recently posted..2013 Top Online Making Money Programs…UPDATED!!!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold