Suspek Bunuh Pegawai Ambank Ditahan Reman

Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai T Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans biru dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret di sini pada jam 3.17 petang.

Dia dikawal ketat oleh lebih sepuluh anggota polis bersenjata dibawa ke Mahkamah Majistret dengan tangan digari ke belakang.
Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgi lima kereta polis yang lain.

Dalam kejadian 23 Okt lalu, Norazita meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak oleh suspek di Subang Jaya.

Suspek juga melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Pengawal keselamatan yang menembak pegawa bank ditangkap di Kota Tinggi Johor

Segelintir penduduk mendengar bunyi tembakan di kawasan berhampiran Kampung Tanjung Belungkor di sini, pagi tadi pada operasi menahan seorang suspek kes tembak mati pegawai bank di Subang Jaya.

Seorang nelayan, Shamsudin Mohd Kassim, 47, berkata, dia mendengar tiga das tembakan.

Menurutnya, dia yang pulang dari laut kira-kira jam 3 pagi tadi, sedang tidur ketika mendengar bunyi tembakan itu.

“Kawasan ini kebiasaannya sunyi dan aman pada waktu malam biar pun terdapat beberapa kuari berhampiran kerana ianya tidak beroperasi paca waktu malam.
“Oleh itu, saya terkejut mendengar tembakan secara tiba-tiba. Ketika itu, hujan lebat melanda kawasan ini,” katanya.

Shamsudin berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang suspek menjadi buruan polis ditahan di kawasan berkenaan pada pagi tadi.

Seorang pemandu bot, Mohd Sah Abdullah Latif, 70-an, berkata dia tidak mengetahui berkaitan tangkapan berkenaan.

“Saya mula bekerja pada jam 7 pagi namun tidak mengetahuinya.

“Mungkin kejadian berlaku pada awal pagi. Bagaimana pun kami bersyukur kerana semua penduduk kampung dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada jam 7 pagi tadi, bertindak di atas maklumat, pasukan Op Cantas PDRM Bukit Aman berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang juga suspek utama kes tembak mati seorang pegawai bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza turut melarikan wang tunai RM450,000 selepas menembak mati Norazita Abu Talib, 37.

 

p/s : Syabas dan tahniah kepada pihak polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Suspek Bunuh Pegawai Ambank Ditahan Reman”

  1. Abe Mirul says:

    Ha, eloklah tu kena tahan. Baru dia tahu erti penyesalan. hehe.
    Abe Mirul recently posted..Nak Cuba Herbalife Lah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold