Shila Amzah Akui Johan Asari Beri Aura Positif Padanya

Penyanyi Shila Amzah berkongsi yang dia kini selesa berkawan rapat dengan Johan As’ari kerana budi pekerti jejaka tersebut yang lebih menjaga batas serta memberikan aura positif terhadap dirinya.

“Saya tidak mempunyai ramai kawan dan boleh dikatakan Johan membuatkan saya selesa dengan persahabatan kami. Takrif cinta

untuk saya sudah berubah berdasarkan pengalaman lalu dan bagi saya cinta itu bersih untuk diungkapkan.

Kalau jodoh saya di kalangan sahabat, saya bersyukur sangat kerana tidak perlu melalui proses mengenali hati budi yang agak leceh. Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya datang awal dan tidak memilih sesiapa pun untuk menjadi jodoh saya,” ujar Shila ketika ditemui di majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang Damansara di sini pada Rabu.

Penyanyi yang mula melebarkan sayapnya ke China itu memberitahu yang dia mula rapat dengan Johan selepas pulang dari Umrah dan perhubungannya dengan Johan diterima baik oleh keluarga Shila sendiri. Malah, ibu Shila dan Johan sendiri memang bersahabat dan sering berkomunikasi sesama sendiri.

“Naluri ibu bapa itu memang kuat dan mereka tahu apa yang baik serta buruk untuk kita. Jika kehadiran seseorang itu datang dengan aura positif dan kena dengan caranya maka ia akan diterima baik oleh ibu bapa Shila,” katanya.

Dapat dilihat sinar kebahagian mula menyinari wajah Shila melalui laman sosial Instagram dan Twitter sejak mula rapat dengan Johan. Bagi Shila, pengalaman lalu seharusnya dijadikan teladan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“Saya benar-benar gembira dengan kehidupan saya sekarang dan telah membuang jauh-jauh aura negatif. Mungkin terlalu besar ayat ini tetapi saya merasakan seperti dilahirkan semula,”

sumber :gua.com.my

 

Gambar Mesra Johan Asari dan Shila Amzah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold