Program Realiti SESAT di Astro

Sebuah program realiti baru di Astro bertajuk SESAT mula ditayang pada 24 Oktober lalu. Pelakon Gambit sebagai pengarah dan juga hos bagi program ini. SESAT diterbitkan oleh syarikatnya sendiri Eightball Production Sdn Bhd. Rancangan ini memerlukan selebriti/artis  menyelesaikan tugas dan sampai ke destinasi yang ditentukan dengan masa 1 jam 30 minit.

Selebriti tidak diberikan wang, dan hanya sehelai sepinggang saja semasa menyelesaikan tugas. Program ini nampak sangat menarik kerana ianya menguji kepantasan minda, IQ dan juga ketahanan fizikal, mental mereka untuk sampai ke destinasi. Di samping itu mereka perlu bersaing dengan lawan mereka untuk mendapatkan  wang RM5000. Segala tugasan dilakukan dengan sendirian.

Selebriti pertama yang berjaya ke lokasi B akan mara ke peringkat Bonus dimana mereka berpeluang memenangi hadiah RM5000. Mereka tidak dibenarkan mengguna status selebriti mereka atau memberitahu tentang program TV ini.
Sesat akan ditayangkan setiap hari khamis pukul 9.30 malam bermula 24 October di Astro Ria.

SESAT  musim 1 telah diadakan seminggu di Bandung, Indonesia. Artis  Izzue Islam dan Alif Hadi telah berentap dan Izzue berjaya sampai ke destinasi lebih cepat berbanding Hadi. Rancangan ini seperti Amazing Race cuma tidak terlalu panjang masa dan tidak terlalu rumit tugasan.

 

Tak sabar nak lihat selebriti perempuan pula dan pelawak Yus serta Tauke Jambu menyelesaikan tugas dalam SESAT.

Antara artis yang menyertai

Michael Ang & Marsha Milan Londoh

Izzue Islam & Alif  Hadi

Kaka Azraf & Cristina Suzanne

Karl Shafek & Tengku Hanis

Dira Abu Zahar  &  Adeline Tsen

Azwan Ali & Fizo Omar

Anding Indrawani & Ryzal Jaafar

Lina Johor & Liana Johor

Tauke Jambu & Yus Jambu

Ayie Ali & Iz Sulaini

Sabhi Sadi & Lana Nordin

Dafi Ismail Sabri & Sherry Ibrahim

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Program Realiti SESAT di Astro”

  1. wan says:

    nampak macam best.. boleh try tengok tu..
    wan recently posted..Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold