Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila (Christine Palace)

Hari ini kisah misteri kehilangan seorang remaja menjadi berita utama, remaja ini dilaporkan hilang semasa pergi ke sebuah villa yang kosong bersama rakannya. Hingga kini masih belum dijumpai. Ramai orang berkumpul di sekitar Villa Nabila atau nama sebenar Christine Palace berhampiran Pantai Lido setelah tersebar berita kehilangan 23 orang remaja.

Banyak versi cerita misteri mengenai Villa Nabila ini disampaikan oleh orang, ada yang kata di villa itu berlaku kejadian pembunuhan kejam, kematian seorang gadis bernama Nabila. Namun kesahihan dan dari mana sumber tidak dapat dipastikan cerita itu, hanya dari cakap cakap orang saja.

Ada versi mengatakan villa itu sudah berusia lebih 40 tahun dahulu kepunyaan seorang dato berbangsa cina Yap Sing Hock dan kini ditinggalkan atas sebab sebab tertentu. Kisah datuk ini pernah dilaporkan di akhbar tempatan. Nama villa Christine Palace juga diambil dari nama anak perempuannya Christine/ Christine Yap Tse Yeeng.

Oleh kerana dari jauh villa Nabila ini sering dilihat misteri ditambah dengan pelbagai cerita misteri, ini telah menarik hati orang yang nak sangat melihat sama ada mereka boleh bertemu dan mengkaji kewujudan entiti di kawasan itu. Sama lah juga cerita sekumpulan remaja ini yang merancang mahu mencari sesuatu di villa itu, ala ala program seekers tanpa memikirkan kesannya.

Remaja tersebut dipercayai hilang sejak Sabtu yang lalu. Ketika di lokasi kejadian, pihak polis mengesahkan tidak menemui sesiapa di dalam rumah tersebut setelah operasi mencari dilakukan selama dua jam dengan bantuan pihak bomba dan anjing pengesan.

Laporan terkini di lokasi pada jam 11.30 pagi tadi menunjukkan pihak berkuasa telah pun menutup jalan masuk ke vila tersebut.

Petikan di akhbar mengenai remaja hilang

Seorang remaja lelaki Mohd Izzat Izzuddin Hussin berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.

“Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

“Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi. – KOSMO!

Kosmo

 

Saksi : Remaja histeria di banglo

Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

“Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain,” katanya.

- Bernama

Ada dakwaan mengatakan sekumpulan remaja seramai 30 orang pergi ke villa tersebut dan hilang seramai 23 orang, 7 orang berjaya keluar dari villa itu. Manakala media massa pula menafikan tentang kabar angin itu dan melaporkan  hanya seorang sahaja didapati hilang.

 

 

Seorang ahli keluarga mangsa telah menaburkan garam di sekitar Villa Nabila. Sumber dari laman sosial facebook..  ustaz dipanggil dalam usaha mencari remaja itu

Ini mengikot dari keterangan salah sorg
mangse yg trselamat dri 30 org .. Aq ade
skali kt sne tdy mase dak tu kne recording
ngn wartawan .. :- Sekumpulan rmaje laki
dan perempuan wt stu event tok overnight
kat villa nabila .. Diorg brkumpol kt cs ptg
sbtu yg lepas then diorg bjlan kaki ke villa
tu ikot jln blkg . . Biler diorng terejah villa
tuh .. Sorg bdk prmpuan dari group tu
trjmpe brg kat tangge.. Brg tu brbntok
kotak kecil .. Silap bdk tu bole amek bnde
tu then simpan .. Xlame lpas tu bdk tu kne
rasokk .. Stu group tu dgn pntas bwk bdk
tu kluar dri villa .. N brkumpol at kwsn
lpang brdkatan villa .. Mereka cube mntk
tlong at banglo area stu tp x dilayan ..
Bdk2 tu bwk g masjid .. Biler dh sttle ..
Diorg ni amek kputusan naek blek villa tu
utk pulangkn brg tu . Tp xsemue stju .. 7
dri 30 org tuh lari blek .. Slebih nye yg
brdegil tu yg patah blek villa .. Then smpai
skrg diorg xkuar2 dri kwsan villa tu ..

 

 

 

 

Seorang ustaz sedang memulihkan remaja yang diselamatkan

Orang ramai memenuhi kawasan villa

Artikel lain: REMAJA HILANG DITEMUI MENYOROK  DI RUMAH RAKAN

          Kisah Sebalik Remaja Hilang : Teringin masuk ke Villa Nabila Kerana Filem Highland Towers

Aktiviti mencari mangsa sedang giat dijalankan

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold