Lana Nordin Mahu Bertudung Demi Johan Asari

Johan Asari yang sebelum ini digosipkan bercinta dengan Shila Amzah membuat kejutan dengan mengumumkan dia sudah pun melamar Lana Nordin untuk dijadikan isteri. Biarpun mereka  baru 3 hari berkenalan , Johan menyatakan dia percaya pada gerak hati yang Lana pilihan  tepat untuk dijadikan isteri.

Manakala menerusi akhbar Utusan Malaysia, Lana dikabarkan mahu berubah dan berhijab demi kasih sayang dan cintanya pada Johan.

Petikan dari Utusan…

Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.

Menurut sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih hati, Johan As’ari, 27.

“Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

“Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!” jelas sumber itu kepada Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.

Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.

Sumber  Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold