Kos Kahwin Che Ta & Zain Sudah Mencecah RM200,000

Selepas lama membuatkan ramai peminat juga para media ternanti-nanti akan tarikh perkahwinan pasangan merpati sejoli lagi penuh kontroversi ini, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin, akhirnya ada 25 November ini, Che Ta dan Zain akan mengumumkan tarikh hari bahagia mereka itu. Ya, sama-sama kita nantikan, lagi.

Seperti mana yang di sebut-sebit ramai, majlis mereka ini bakal menjadi Wedding of The Year. Maka tidak hairanlah banyak laporan sebelum ni menyebut kos persiapan untuk majlis perkahwinan mereka mencecah RM200, 000.

Dan hal itu disahkan oleh Zain menerusi kenyataanya di akhbar Kosmo! hari ini,

“Ya, lebih kurang begitu kosnya. Bagi sebelah pihak saya, RM100,000 dan begitu juga Rozita. Jadi, apabila campurkan kedua jumlah itu, maka ia menjadi RM200,000. Ia termasuk hantaran, mas kahwin dan wang yang dikeluarkan untuk majlis tersebut”, kata Zain.

Selain itu Zain juga turut berkata pada hari pernikahan mereka nanti, jurugambar tidak akan dijemput sebaliknya hanya wartawan saja yang dibenarkan membuat liputan.

Sebenarnya kami rasa ada hadnya yang kami perlu sediakan. Kami hanya menjemput wartawan sahaja, tidak jurugambar. Ini kerana, kami telah mengupah jurugambar peribadi dan akan memberikan gambar majlis tersebut sebaik majlis tamat”, ujarnya lagi.

Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold