Kisah Wanita Misteri Warga Malaysia Yang Jadi Hamba 30 Tahun Di London

Ini mengenai kisah yang agak tragik, sebuah badan kaebajikan Freedom Charity telah membongkar tentang penemuan 3 orang wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London. Salah seorang wanita itu dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 tahun warga Malaysia . Banyak  media luar/ antara bangsa membuat liputan dan melaporkan kisah mengenai hamba yang dikurung ini.

Kisah di sebalik wanita misteri Siti Aishah Abdul Wahab

Wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab, kata bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais .

Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut  tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka “New Malayan Youth” di ibu kota Britian pada ketika itu.

“Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama,” katanyaa kepada The Malaysian Insider ketika ditemui awal pagi ini.

“Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui,” kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, “New Malayan Youth” adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa “Colombo Plan”.

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

sumber : The Malaysian Insider

 

Hishamuddin, Kamar  dan wartawan Telegraph Dean Nelson berlepas ke London untuk menemui Aishah.


Bekas rakan sekolej Aishah, Aishah sering menjadi perhatian pelajar lelaki


ITV pernah menayangkan video pada tahun 1997 . Kelihatan lelaki dan wanita dengan kereta sorong dipercayai Aravindan Balakrishnan dan isterinya Chanda.

ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.
Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.
Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.
Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.

Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis

Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum memberitahu, Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.
Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.

 

Aishah berpisah dengan tunang dan keluarga
Kamar menceritakan adiknya membuang cincin pertunangan ke dalam Sungai Thames kerana terlalu kagum mengikut ketua kumpulan itu.
Menurut keluarga Aishah ini , kerajaan Malaysia menyedari aktiviti politik beliau di London dan memberi amaran kepada beliau dalam tahun 1970-an bahawa ia akan membuat ia sangat sukar untuk dia pulang ke rumah.Abangnya , yang tinggal di London pada masa itu, pernah menerima lawatan dari Aishah, yang diiringi oleh Encik Balakrishnan dan seorang wanita Inggeris .Walaupun dia seorang yang rajin , Kamar berkata Aishah adalah seorang yang keras kepala dan degil .

Sikap Aishah yang tidak mahu menerima teguran dan berpegang pada prinsip jika tidak mahu menerimanya, dia akan hilangkan diri dari mereka. Akhirnya Aishah tidak lagi ditemui.

Seorang bekas ahli kumpulan itu memberitahu mereka berusaha membawa Aishah keluar dari kumpulan ekstrem itu tetapi Bala tahu tentang usaha mereka dan cuba memutuskan hubungan dengan Aishah termasuk tunang Aishah. Bala menyebarkan khabar angin yang mengatakan tunang Aishah ada hubungan sulit dan mereka berpisah.

Aishah adalah salah satu daripada hanya sebahagian kecil penyokong setia yang kekal dengan Encik Balakrishnan dan Chanda.

Kata bekas ahli kumpulan itu lagi , Aishah telah mengasingkan dirinya daripada semua orang, hubungan  keluarganya dan tinggal secara kolektif. Aishah kekal dengan mereka, secara kewangan bergantung kepada mereka , tidak mempunyai rakan-rakan, dia menjadi lebih  bergantung kepada mereka.

sumber:  http://www.telegraph.co.uk




Pembongkaran tentang kes hamba ini selepas jiran mendapat surat cinta dari seorang wanita berusia 30-an yang juga dikurung oleh pasangan Aravindan, 73 dan Chanda, 67 Balakrishnan.

Marius Feneck 26, sering mendapat surat cinta dari seorang wanita , bernama Rosie Davies, 30  yang selalu mengirimkan surat cinta kepadanya dan meluahkan perasaan sayang dan mahu bersamanya .

Rosie dilaporkan menulis  lebih daripada 500 pucuk surat dalam tempoh tujuh tahun pada Marius . Namun Rosie  takut jika diketahui oleh orang yang mengurungnya. Rosie tidak mahu Marius membuat sebarang tindakan untuk menyelamatkan dirinya. Di dalam surat itu Rosie menyatakan dia seolah olah terperangkap dalam sarang labah labah dan tidak berdaya melepaskan diri. Mereka sangat racist.

Mereka sering bertindak kejam dan akan menyiksa dia jika dapat tahu mengenai hubungan Rosie dan Marius.

Surat cinta Rosie

Marius dan teman wanitanya menjadi pelik dan tidak selesa dengan sikap Rosie yang sering menghantar beratus ratus puisi dan surat cinta. Mereka mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Jjiran jiran sering melihat wanita muda itu merenung ke luar tingkap dan hanya berminat bercakap dengan lelaki sahaja dan bersikap pelik. Jiran menyangkakan wanita itu gila.

Wanita dan lelaki berusia pula hanya dilihat keluar apabila mahu menjemurkan pakaian atau ke pasaraya dan mereka berpakaian lusuh.

Seorang jiran Jesse Paddy berkata ,mereka  kelihatan ke pasaraya berdekatan dan hanya keluar ditemani lelaki tua(suspek), dan kelihatan tergesa-gesa seperti mahu pulang cepat. Jesse tidak mengsyaki apa-apa kerana  mereka tidak kelihatan seperti hamba.

Pendedahan mengenai tahanan hamba itu dibuat apabila salah seorang dari wanita, Josephine Herivel itu telah menghubungi Freedom Charity secara rahsia.

sumber  :www.mirror.co.uk




 Jiran nampak nota di tingkap

Charlotte Watts pernah tinggal tidak jauh dari kediaman pasangan itu pada sekitar tahun 1980 an hingga 90an di Selatan London memberitahu dia pernah nampak seorang wanita memegang nota di tingkap tetapi dia tidak dapat membaca kerana terlalu jauh.

Watts sering melihat ketiga wanita itumembasuh pakaian, mereka kelihatan letih tidak bermaya. Apbila berjalan mereka seperti berjalan dalam satu barisan dan tidak bertentang mata atau memandang orang sekeliling.

Pada suatu hari, seorang wanita muda mengetuk pintu dan memberikannya nota dan memberitahu mereka akan berpindah ke tempat lain dan dia enggan berpindah. Watts pernah berbual dengan suspek lelaki di depan pintu rumah apabila menghantar semula gadis muda itu tetapi dia tidak dijemput masuk ke dalam rumah dan lelaki itu menutup pintu dengan segera.

Walaupun wanita muda itu sering mengetuk pintu jiran seperti mahu memberitahu mereka dikurung tetapi wanita itu tidak berdaya meluahkan atau menjelaskan perkara sebenar. Jiran selalu keliru dan tidak memahami apa yang wanita itu cuba sampaikan.

sumber : http://www.bbc.co.uk

Wanita Malaysia trauma.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang ‘sangat trauma’ dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai “rumit dan menyayat hati”.

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah “gari tidak nampak” yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Komander polis Metropolitan Steve Rodhouse berkata, dua daripada wanita telah bertemu suspek lelaki itu melalui ” ideologi politik yang dikongsi dan tinggal bersama-sama dalam apa yang beliau sifatkan sebagai ” kolektif”.

Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit. -26 November, 2013.

 

Tekad kakak Siti Aishah mahu berjumpa adiknya

 

***********
Hanya dari puisi  dan surat cinta  dari seorang gadis yang mengimpikan kasih sayang, kebebasan, mahu disayangi tetapi dia disangka gila dan tidak waras. Siapa tahu surat cinta itu membawa pada pembongkaran 3 orang hamba yang dikurung dan didera secara mental dan fizikal.
Kuasa tuhan mengatasi segalanya mungkin berkat doa keluarga Siti Aishah di Malaysia yang berusaha mencari dia di London selepas menghilangkan diri di perantauan tanpa kabar berita, akhirnya impian dan doa mereka dikabulkan.
Siti Aishah mungkin telah tersilap langkah dalam membuat keputusan dan dia tidak boleh dihukum dan dihina sesuka hati, semua yang berlaku mungkin ada hikmah dan pengajaran pada semua. Jika Aishah tidak diterima masyarakat di sini kerana fahaman dia yang lalu, keluarga dia ada tanggungjawab untuk membetulkan akidah Aishah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold