Kes Dera Kanak Kanak Taska Permata Harapan :Pemilik Taska Didakwa

Kes dera ini mendapat perhatian ramai selepas seorang bapa menunjukkan video kanak-kanak didera di sebuah taska pada bulan lalu. Akhirnya pemilik taska, Rozita Awang dihadapkan di mahkamah.

Petikan berita:

Seorang pemilik taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak, bulan lalu.

Tertuduh, Rozita Awang, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin.

Berdasarkan pertuduhan, Rozita, didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Kesalahan didakwa berlaku di ruang tamu rumah, Taska Permata Harapan, Taman Melati, Sentul sekitar jam 11.35 pagi, 18 Mac lalu.

sumber: Sinar Harian

 

Boleh didenda hingga RM20,000

Seorang pemilik Taska mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, hari ini, terhadap tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak, bulan lalu.

Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia setahun 8 bulan di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu cedera fizikal atau emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tamu rumah, Taska Permata Harapan, Taman Melati, Sentul sekitar jam 11.35 pagi, 18 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum sepuluh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi bersama enam anaknya hadir ke mahkamah sambil memangku anak kecil mengikuti prosiding pendakwaan tersebut manakala Rozita dilihat menangis semasa kes disebut.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan Rozita diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira rayuan peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang membuat permohonan itu memandangkan tertuduh mempunyai anak berusia dari 3 hingga 10 tahun, termasuk bayi berusia setahun setengah, yang masih menyusu badan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad dan mahkamah menetapkan sebutan kes pada 10 Disember depan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, seorang pemilik taska tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPPKL) pada 7 November lalu selepas insiden rakaman seorang kanak-kanak dipukul pengasuh taska disiarkan stesen televisyen swasta dan dimuat naik ke YouTube dan Facebook.

Kejadian difahamkan terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska merakam insiden berkenaan menggunakan kamera tersembunyi yang mana dalam video itu memaparkan seorang pengasuh memukul seorang kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam atas lantai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kes Dera Kanak Kanak Taska Permata Harapan :Pemilik Taska Didakwa”

  1. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…..

    Sekiranya individu yang berminat untuk membuka perniagaan berasaskan penjagaan bayi dan kanak-kanak, juga pada mereka yang mengambil upah menjaga “budak”, wajiblah mempunyai sifat ihsan, belas kasihan dan kasih sayang yang menebal di dalam qalbu.

    Ini kerana bayi dan seterusnya kanak-kanak mempunyai ragam yang adakalanya membuatkan si penjaga boleh menjadi tertekan perasaannya. Ditambah lagi jika si penjaga mempunyai masalah peribadi di luar pusat jagaan berkenaan serta tiada sifat keibuan atau kebapaan.

    **p/s : ingat saya lagi tak..? dah lama benau saya tak datang sini…
    Ahmad Zaki recently posted..Cari Rezeki online dengan 8Share

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold