Kereta Nabil Kena Pecah

Kereta milik pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dipecah masuk pada malam Isnin lalu. Kejadian berlaku ketika dia bersama isterinya, Nazira Ayub, sedang menikmati makan malam di sebuah restoran terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Kejadian tersebut hanya disedari selepas Nazira terpijak kaca berderai berhampiran kereta mereka ketika hendak pulang.

Menurut Nabil, sewaktu isterinya memberitahu ada kaca berhampiran kereta mereka, Nabil tidak berfikir perkara lain. Sebaliknya dia hanya meminta supaya Nazira berhati-hati, takut-taku kaca itu terkena kaki. Namun ketika hendak mengundurkan kereta, baru pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri ini sedar yang cermin belakang keretanya pecah.

“Semasa nak balik, isteri saya beritahu ada kaca berderai di tepi kereta. Masa tu saya tak lah fikir apa-apa. Saya hanya kata pada dia, baik-baik takut terpijak. Masa saya nak undur kereta, saya toleh ke belakang baru saya sedar yang cernin bahagian belakang dah pecah dan ada tanda cap jari.

“Kebetulan di bahagian belakang kereta tu ada sebuah beg dan hanya itu yang diambil oleh pencuri tersebut. Mungkin pencuri tu ingat dalam beg tu ada laptop atau barang berharga. Padahal dalam beg tu sebenarnya berisi baju basah, kami baru balik dari gym. Tak apa lah, saya halalkan”, ceritanya sambil sempat lagi berseloroh.

Nabil ditemui pada sidang media Anugerah Industri Muzik (AIM20) bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, petang semalam. Pada majlis tersebut Nabil dan Dato’ Aznil Hj. Nawawi diumumkan sebagai hos malam anugerah kemuncak segala-galanya AIM20 yang bakal berlangsung pada 14 Disember depan.

Bagaimanapun Nabil meluahkan kerisauannya kerana malangnya di dalam beg tersebut diselit kad pengenalannya. Disebabkan alamat kad pengenalannya adalah alamat di kampung, jadi Nabil bimbang kalau-kalau pencuri berkenaan merancang perkara buruk terhadap keluarganya.

“Walaupun saya tak tanggung kerugian yang banyak, tapi hari tu pula saya selitkan kad pengenalan saya dalam beg tu. Itu yang buat saya risau sebab alamat kad pengealan saya alamat di kampung. Bimbang juga kalau keluarga saya diapa-apakan. Tapi saya dah buat laporan polis mengenai kehilangan kad pengenalan. Keluarga saya pun dah tahu tentang hal ini.”, ujarnya yang membuat laporan polis di Balai Polis Damansara pada malam itu juga.

Ini merupakan kali pertama Nabil berdepan dengan kejadian sebegini. Kata Nabil, kejadian ini memberikan pengajaran kepadanya agar selepas ini dia akan beringat agar tidak lagi meninggalkan beg atau apa-apa barang yang boleh mengundang perhatian pencuri, di dalam keretanya.

sumber :malaysian digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold