Kamar Mahtum Akhirnya Bertemu dengan Aishah Selepas Lebih 30 Tahun

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong telah mengesahkan  Kamarmahtum Abdul Wahab telah dipertemukan dengan adiknya Siti Aishah yang hilang lebih 30 tahun di London.

Pertemuan yang memakan masa hampir setengah jam itu diadakan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan, semuanya disusun oleh  pihak Scotland Yard . Ini  merupakan kali pertama kedua-dua adik beradik itu bertemu  sejak  Kamarmahtum tiba di London.

Zakaria juga berkata Kamarmahtum telah meminta adiknya,  menulis surat kepada ahli keluarga yang  masih diingatinya  di  Malaysia. Kamar juga dilaporkan menghadiahkan adiknya  sejadah.

Siti Aishah juga diberi jaminan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan membantu beliau dengan sewajarnya dalam apa-apa perkara yang diperlukan.

Zakaria mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain atas kerjasama mereka dalam  membantu Kamar Mahtum yang terlalu ingin bertemu dengan adiknya Aishah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold