Kakak Siti Aishah Tekad Mahu Jumpa Adiknya

Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat “perhambaan psikologi” berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.

Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

“Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya,” katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.

“Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara,” katanya sambil menahan sebak.

Katanya, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun adalah wanita Malaysia ditahan oleh pemimpin Komunis ajaran Mao Tse Tung sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold