Kakak Aishah Mahu Pulihkan Kembali Kehidupan Adiknya Yang Musnah Di London

Wanita Malaysia, dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab (gambar) yang dilaporkan menjadi ‘hamba’ selama tiga dekad di bawah kawalan pemimpin aliran politik kiri dikatakan tiba di London bersama tunangnya ketika dunia dibayangi isu perang Vietnam.

Pasangan terbabit kemudian dilaporkan tertarik kepada pertubuhan dikenali sebagai Forum Mahasiswa Malaysia Dan Singapura (MASS) yang dicap sebagai antara kumpulan Maoist tegar yang bergerak di kota raya London.

Di bawah kendalian pasangan dikenali sebagai Balakrishnan dan Chanda Pattni, kumpulan berkenaan berada di barisan depan dalam kebanyakan protes mahasiswa walaupun jumlah keanggotaannya kecil.

Walaupun bentuk badannya kecil dan gempal, Balakrishnan yang dipanggil pengikutnya sebagai Chairman Ara seorang tokoh berkarisma dan dihormati dalam kalangan aktivis berhaluan kiri.

Baca Lagi : Kisah Tragik Wanita Warga Malaysia Yang Dijadikan Hamba di London

Gambar Aishah dikenalpasti dalam rakaman video dokumentari  ITV news tahun 1997

Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.

Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.

Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.

“Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.

“Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu,” katanya.

Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.

Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.

“Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan,” katanya.

 

Kamar mahu jumpa adik

 

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

Baca : Kakak Aishah tekad mahu jumpa adiknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold