Johan Asari Pilih Lana Nordin Sebagai Isteri

Keputusan dan pengakuan Johan Asari yang memilih pelakon seksi Lana Nordin sebagai isteri mengejutkan peminat, mana kan tidak sebelum ni Johan nampak macam belangkas dengan Shila Amzah. Keakraban mereka dikongsi di laman sosial, kalau bergambar pun Johan selalu menjaga batasan dengan Shila. Peminat pun ramai yang suka Shila dan Johan.

Tup tup…si Johan buat pengakuan di akhbar dia pilih Lana Nordin sebagai isteri dan Shila Amzah hanya dia anggap sebagai adiknya saja.

Apa apa pun semoga Johan dapat membimbing Lana ke arah kebaikan , kita hanya boleh merancang, danĀ  tuhan yg menentukan….

Johan rapat dengan Lana hanya lepas 3 hari bertemu

Johan rapat selepas berjumpa buat pertama kali dalam sebuah program pada 18 Oktober lalu.

Sejak dari itu, mereka saling bertukar nombor telefon dan keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum Johan nekad melamar Lana.

Menurut Johan, dia cukup yakin Lana adalah calon isteri terbaik seperti yang didoakan di depan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah awal tahun ini.

Gambar Johan Asari dan Lana

Kenapa Johan Pilih Lana Nordin? komen Johan,

Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

Pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Shila Amzah baru-baru ini turut mengakui Lana seorang yang lemah lembut dan menyenangkan.

Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia punya kelembutan tersendiri. memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula sewaktu saya melamarnya. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

RancangĀ  tunang tahun depan

Bagaimanapun, Johan menjelaskan tidak akan melangsungkan pertunangan pada bulan Disember ini seperti yang dirancang kerana jarak waktu yang terlampau singkat.

Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa.

Dalam masa yang sama, Johan mendedahkan keluarga Shila sudah terlebih dahulu mengetahui keputusannya untuk memperisterikan Lana.

Sebelum ni saya sudah menjelaskan, keakraban saya dengan Shila hanya sebagai adik dan abang. malah, ibu Shila yang selama ini menganggap saya sebagai anak, sudah saya maklumkan.

Bagi Lana pula, keikhlasan dan ketulusan hati Johan membuatkannya sebak dan mampu membuka pintu hatinya untuk menerima jejaka berusia 26 tahun itu.

 

Baca: Insta Shila Amzah penuh kata kata luahan kekecewaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Johan Asari Pilih Lana Nordin Sebagai Isteri”

  1. akubiomed says:

    Lain yang digossip lain pula yang terpaut.
    akubiomed recently posted..Koleksi kereta mewah Cayman S dan Cayenne percuma

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold