Gambar Perkahwinan Fizo Omar dan Mawar

Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.

Baca : Pertunangan Fizo dan Mawar

Gambar Perkahwinan Fizo Omar dan Mawar

 

Hantaran

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.

Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah  untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya.

 

Ibu bapa Mawar

Pembawa dulang hantaran  pengantin: Rosyam Nor, Johan Asari, Nazim Othman, Shaheizy Sam ,Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Zizan Nin

Pertunangan Mawar dan Fizo (Ibu Fizo dan Mawar)

sumber :Rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold