Fizo Omar Bengang Orang Komen Pasal Fanatik Tudung Fareeda

Umum tahu pelakon popular Fizo Omar dan bakal isterinya Mawar akan melangsungkan perkahwinan pada 10 November ini. Mawar merupakan usahawan  dan jg model tudung Fareeda telah membuat rekaan eksklusif terhad bagi tudung bernama Fareeda Aisya & Sofiya corak ‘Sweet Love Seindah Ikatan Cinta’ yang dijual pada 2 November.

Oleh kerana tudung itu terhad, maka berpusu pusu pembeli mahu mendapatkan tudung itu dan ada yang sanggup beratur malah tidur di kaki lima kedai semata mata tak mahu ketinggalan memiliki tudung Fareeda.

Memang dasyat kan…penangan Fizo dan Mawar ni…dah jadi satu fenomena pula sejak Fizo Omar dan Mawar Fareeda mengumumkan mereka mahu berkahwin..apa kan tidak tudung Fareeda tiba tiba meletop , lihat saja sambutan dalam gambar di bawah.

Peminat komplen tudung Fareeda singkat

Tetapi ada satu perkara yang berlaku pula, dalam pada Fizo Omar teruja memuatnaik gambar pembeli peminat menyerbu  kedai tudung Fareeda di laman Facebook, ada  komen dari peminat yang menegur situasi yang dilihat terlebih ‘fanatik’ dan ada juga yang berpendapat tudung Fareeda itu sangat singkat. Ada pula yang menegur tentang gambar Fizo memeluk bahu Mawar dan berpegang tangan semasa majlis melamar Mawar tempoh hari.

Komen peminat

Komen peminat yang berbalas balas dan ada yang berhujah membuatkan Fizo juga tidak senang dengan keadaan itu.

Ramai nak jadi ustaz dan ustazah

Fizo akhirnya membalas di laman fb nya bahawa dia bukan sengaja mahu menunjukkan nunjuk tentang tudung Fareeda dan membalas ramai sangat nak jadi ustaz dan ustazah yang  memberi komen di fbnya. Kata Fizo tudung Mawar Fareeda bukan singkat semuanya malah ada dalam pelbagai saiz.  Fizo Omar berharap peminat berhenti mengumpat dan memfitnah dia dan tudung jualan di premis Fareeda.

Komen Fizo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold