Aznil Malu Minta KRU Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak

Penyanyi lagu Profesor Klon, Datuk Aznil Nawawi meminta penerbit lagu tersebut iaitu KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.

“Saya tidak tahu siapa yang ciplak siapa. Tetapi diharap sekiranya Profesor Klon diciplak, pihak KRU ambillah tindakan dengan segera kerana ia telah menjejaskan nama anak seni tempatan.

“Walaupun lagu itu bukan saya yang hasilkan, tetapi ia tetap menjejaskan nama saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan komen-komen di Twitter apabila ada segelintir pihak menyifatkan saya turut terlibat dengan isu ciplak ini,”

Lagu Profesor Klon yang dinyanyikan Aznil diciptakan sepenuhnya oleh Edry bagi dimuatkan dalam runut bunyi (soundtrack) filem Cicakman pada tahun 2007.

Bagaimanapun, baru-baru ini isu ciplak mula tercetus apabila lagu tersebut (menggunakan bahasa Sepanyol) telah digunakan bagi drama Pobre Rico dan ia menimbulkan persoalan siapakah pihak yang menciplak karya berkenaan.

Tambah Aznil, tindakan tegas yang diambil pihak KRU juga sekali gus akan membuka mata pihak luar bahawa anak seni tempatan sememangnya bersikap tegas dalam isu-isu sedemikian.

Apatah lagi kata Aznil, pencipta lagu negara ini sering dituduh gemar menciplak muzik negara luar.

Sementara itu, Edry yang dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penerbitan lagu tersebut di Sepanyol dan akan memastikan setiap lagu yang dicipta di bawah syarikat KRU akan di lindungi karyanya.

“Pihak kami akan membuat siasatan berhubung perkara ini. Setiap lagu yang dihasilkan di bawah penerbitan KRU adalah hak cipta terpelihara,”

 

sumber :Mstar Online

 

Lagu tema bagi drama Spanyol Pobre Rico  bertajuk Lobster Tureen dan menerusi laman web

http://www.audionetwork.com/production-music/lobster-tureen_8330.aspx

lagu itu dikeluarkan pada tahun 2005. Pencipta ialah Igor Dvorkin & Duncan Pittock

Jadi siapa yang ciplak siapa ni?

 
Sebelum ini Edry pernah dikatakan sering menciplak lagu lagu lur,  tetapi Edry menafikan dakwaan tersebut:

Komposer Edry Abdul Halim merasakan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia gemar menciplak karya luar setiap kali menghasilkan lagu disifatkan mengarut.
Edry, 37, berkata, dia tidak mahu mengambil kritikan itu secara serius dan menganggap mereka yang bercakap tidak tahu apa-apa mengenai bidang muzik.
“Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain. Apa yang mereka dakwa itu mengarut. Hairan dibuatnya apabila mereka boleh katakan lagu ‘A’ sama dengan ‘B’ atau lagu ‘C’ sama dengan ‘A’.
“Tahukah mereka bahawa dalam muzik ada 12 nota sahaja? Maka ia akan ditukar-tukar dan semestinya akan ada yang kedengaran hampir sama dengan lagu yang sedia ada serta karya yang dicipta.
“Bagaimanapun ia sedikit pun tidak mengganggu kerja saya dalam menghasilkan pelbagai karya lagu,”

sumber : Mstar Online

 

Video lagu tema Pobre Rico

 

Lagu Profesor Klon 2007

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold