Wawa Zainal Minta Maaf Sebab Berbohong Tentang Statusnya

Pada sidang media khas Wawa hadir bersama Aeril yang kini suaminya menjelaskan status sebenar tentang hubungan mereka. Wawa juga meminta maaf kerana berbohong kepada peminat dan media selama ini. Seringkali Wawa dan Aeril berdolak dalih apabila ditanya tentang hubungan mereka malah menafikan yang mereka sudah berkahwin berkali kali.

Bilakah sebenarnya Wawa Zainal mengandung?Wawa takut pada David Teo

“Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.”

Menurut Aeril Zafrel, mereka sah bernikah pada kali pertama Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Aeril dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.

Penjelasan Aeril mengapa dia nikah dua kali

“Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.
Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.”

 

Video photoshoot Julai 2012 Wawa dan Aeril setelah mereka bernikah pada Februari 2012

 

Gambar perkahwinan Aeril dan Wawa setelah setahun disorok

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold