Wajah Sebenar Si Pemakai Sut ‘Predator Malaysia’

Baru baru ini di laman sosial dan di blog blog dikongsikan gambar seorang doktor berpakaian ala Predator datang ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan penjualan mc/sijil sakit secara haram. Si pemakai topeng dan sut lengkap Predator itu juga menaiki sebuah motorsikal berkuasa tinggi menarik tumpuan orang ramai hingga digelar Predator Malaysia.Ada yang bertanya siapakah dan mengapakah orang yang memakai sut  itu datang ke balai polis? Laporan akhbar Metro menyingkap siapa sebenar di sebalik sut unik Predator itu.

Beliau ialah Dr Jim Loi Duan Kong, Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM).

Dr Jim datang ke Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu dan tidak menyangka gambarnya akan dimuatnaik di facebook. Tujuan dia memakai pakaian itu adalah untuk tujuan keselamatan dan tidak sekali kali  mencari glamour. Hanya topi keledar itu saja direka meyamai watak dalam filem Hollywood Predator.

Semasa membuat laporan polis, Dr Jim berkata topeng itu menjadi tumpuan pegawai polis yang bertugas.

“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,”
katanya ketika ditemui wartawan di klinik beliau.
Gambar Dr Jim bersama sut Predator berharga RM85,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold