Sinopsis Filem NOTA Lakonan Maya Karin dan Hans Isaac

Filem NOTA bakal ditayangkan pada 2014, meletakkan pelakon Maya Karin dan Hans Isaac sebagai pelakon utama bersama pelakon Ramli Hassan (Red Kebaya) serta Rin Izumi. Pengarah filem ini ialah Yasu Tanaka yang pernah mengarahkan telemovie Lari Sayang Lari. Nota merupakan filem bergenre drama dan psikologikal  thriller, dibiayai oleh kerajaan Malaysia di bawah dana pembangunan industri kreatif , dengan kos 1.85 juta.

Pengambaran dibuat di Kuching Sarawak, Taman Negara Bako. Bako yang indah dan cantik pemandangannya menjadi pilihan Yasu Tanaka hingga tercetus idea mahu membuat sebuah filem bertajuk Nota. Yasu terpikat dengan keindahan Bako apabila dia dan isterinya Bea Tanaka pernah berbulan madu di situ enam tahun lalu.

Yasu dan isterinya juga tenaga pengajar penulisan skrip di FINAS.

Filem ini juga penuh dengan kesenian dan pelakon Maya Karin menganggap ‘Nota’ sebagai sebuah filem seni untuk anugerah bertaraf antarabangsa seperti di Cannes.  Pengarah dari Jepun dan jurukamera dari Jerman membuatkan Maya tertarik menerima watak Erin dalam NOTA. Selain Malaysia, filem ‘Nota’ juga akan dibawa ke pasaran Jepun, kata Maya Karin.

Sinopsis dan trailer filem NOTA

Filem Nota mengisahkan Kamal dan Erin yang berdepan dengan masalah komunikasi dalam hubungan suami isteri kerana mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.Pada ulangtahun perkahwinan ke 10 , Kamal dan Erin membuat keputusan untuk bercuti di Bako dan berusaha memulihkan semula hubungan, kasih sayang antara mereka.
Semasa dalam perjalanan ke hutan Bako, Erin telah menemui sebuah ‘Nota’ yang mengandungi plan Kamal untuk membunuh diri di tempat dia pernah melamar Erin 10 tahun lalu. Erin pula mensyaki Kamal mempunyai perempuan simpanan yang telah hamil. Erin merancang meneruskan pembunuhan Kamal dan nota bunuh diri itu sebagai alibi.

Trailer

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold