Shila Amzah Terima Jodoh Jika Ditakdirkan Dengan Johan Asari

Johan Asari telah dipilih menjadi pelakon dalam video klip yang di persembahkan oleh Shila Amzah  melalui lagu berjudul Masih Aku Cinta. Gosip mengenai mereka semakin rapat bercinta ternyata menguatkan lagi dakwaan itu. Namun Shila masih lagi menafikan hubungan mereka yang dikatakan bercinta.

Hanya kawan rapat

“Sebenarnya saya dan Johan memang sudah saya kenali sejak tahun 2010, dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Saya juga tidak menyangka bahawa hubungan sebagai teman ini membawa kepada buah mulut orang ramai”

“Untuk video klip Masih Aku Cinta pula, sejujurnya ada beberapa orang pelakon yang telah disenarai pendekkan dan saya beserta pengarah klip video tersebut, saudara Ghaz Abu Bakar telah memilih Johan sebagai pelakon kerana dia memenuhi kriteria yang sesuai dalam klip video itu,” ujarnya.

Shila Amzah juga tidak menyangka bahawa ibunya sendiri sudah lama mengenali ibu Johan As’ari dan mereka selalu berhubung sesama mereka.

“Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa ibu saya mengenali ibu Johan dan mereka berdua merupakan sahabat dan selalu berhubungan”

Jodoh dan pertemuan merupakan hak Allah S.W.T dan bagi selebriti antarabangsa, Shila Amzah dia tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya. Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya bersungguh-sungguh.

sumber :Rotikaya

Mengapa Pilih Johan untuk Video Klip

 

“Pemilihan Johan untuk berlakon dalam muzik video ini bukanlah dibuat oleh saya seorang saja. Ia juga adalah keputusan daripada semua pihak.

“Johan dipilih sebab dia Johan atau menang dalam pemilihan tersebut.Terus-terang, ramai lagi nama pelakon lain yang disenaraikan. Namun, rezeki dan pemilihan diberikan pada Johan,” jelas Shila Amzah.

Sementara itu, pengarah muzik video ini, Ghaz Abu Bakar juga mempunyai alasan tersendiri dalam pemilihan Johan.

“Saya buat muzik video ini berdasarkan lirik dan jalan cerita lagu berkenaan. Sewaktu berjumpa Johan, saya berterus-terang dengan konsep dan jalan cerita tersebut.

“Alhamdulillah, Johan bersetuju dan memberikan kerjasama yang baik.Kebetulan pula, Johan dipilih sebab namanya sedang dikaitkan dengan Shila Amzah sebagai pasangan yang sedang bercinta,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold