Sharnaaz Ahmad Nafi Ganggu Hubungan Pekin dan Uqasha

Berita mengenai hubungan cinta Pekin Ibrahim dan tunangnya Uqasha Senrose putus mengejutkan peminat. Pasangan romantis dan selalu ke mana saja berdua ini dikatakan mempunyai masalah disebabkan orang ketiga. Uqasha dikatakan menjalinkan hubungan cinta lokasi dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam sebuah drama bersiri.

Namun Sharnaaz menafikan gosip yang mengatakan dia menjadi punca orang ketiga yang menggangu hubungan Pekin dan Uqasha hingga putus tunang.

Sharnaaz ketika ditemui wartawan menafikan gosip dia intim dengan Uqsha malah hubungan mereka berdua hanya di lokasi. Sharnaaz dan Uqasha digandingkan dalam sebuah drama bersiri Babyana untuk RTM. Kata Sharnaaz dia tidak sampai berbalas mesej di telefon dan datang ke rumah seperti didakwa sebuah laman web hiburan.

Sharna juga mahu menemui Pekin untuk menyelesaikan gosip tersebut.

“Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada,”

“Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya.

“Kes pukul pun tidak selesai lagi, sudah datang kontroversi baru. Banyak sangat kontroversi sampai saya pun sudah penat nak melayan semuanya,”
Uqasha pula menafikan hubungannya ada masalah ketika ditanya mengenai isu itu. Uqasha berkata dia Pekin masih lagi seperti biasa dan tidak ada sebarang masalah.

Mengenai persiapan kahwin, Uqasha tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana mahu Pekin yang membuat kenyataan rasmi. Kata Uqasha adalah lebih baik pihak lelaki yang memberikan jawapan.

Pekin update status di twitter
GambarĀ  drama lakonan Sharnaaz dan Uqasha Senrose
Gosip pasangan pelakon bergaduh besar

Kedua-duanya mula rapat sejak mereka sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini. Cinta lokasi lah ni? Hmmm…

Nak dijadikan cerita, pelakon wanita itu dah kantoi dengan teman lelakinya. Tak cukup dengan berhubung menerusi Whats App dengan si orang ketiga berkenaan, si aktres yang berusia awal 20-an ni juga dikatakan telah ke rumah ‘kekasih barunya’ itu.

Bila ditanya, si wanita mengaku malah pihak ketiga juga mengaku mengenai hal tersebut. Berang bukan kepalang lah si pelakon lelaki tadi bila dapat tahu kebenarannya. Ibu bapa si aktres pun turut mengamuk apabila mendapat tahu anak dara mereka belum juga berubah perangai.

Dengarnya, ini bukanlah pertama kali pelakon wanita itu terjebak dengan cinta lokasi kerana pernah berlaku sebelum ini. Tapi dek kerana terlalu sayang, si pelakon lelaki tadi memaafkan kekasih hatinya itu. Bahkan si pelakon lelaki tak kisah pun dengan beberapa perangai buruk dan sejarah hitam si pelakon wanita itu yang sebelum, sebelum ini. Iyalah orang kata, kalau dah suka dan cinta, terima lah seadanya. Kan.

Tapi siapa yang boleh tahan kalau kesabaran sengaja diuji. Bila dapat tahu saja buah hatinya itu curang, maka si pelakon lelaki itu berkeras mahu memutuskan hubungan mereka. Si pelakon lelaki itu langsung tak melayan kerenah apatahlagi mohon maaf yang entah ke berapa kali dari teman wanitanya itu.

Kasihan pula MD pada si pelakon lelaki itu. Iyalah, menerusi berita-berita tentang cinta mereka yang tersiar di media sebelum ini, si pelakon lelaki itu nampak bersungguh dan serius dengan hubungan mereka. Malah walaupun mereka hanya baru bercinta lebih kurang 8 bulan, si pelakon lelaki itu cukup yakin yang kekasihnya adalah orang yang tepat untuk dijadikan suri hati.

Kalau tidak, masakan si pelakon itu sanggup berbelanja besar semasa majlis merisik mereka yang diadakan beberapa bulan lalu. Sampaikan dia sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membeli hadiah buat si buah hatinya (punyalah sayang, tapi itu dulu lah…). Dan sepatutnya mereka merancang nak berkahwin tahun hadapan. Tapi begini pula jadinya. Hmmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold