Pekin Dedah Dia Ada Bukti Uqasha Curang

Pekin Ibrahim akhirnya berterus terang yang dia dan Uqasha sudah tidak ada apa apa hubungan lagi dalam erti kata lain sudah putus cinta. Gosip seminggu lalu yang mendedahkan mereka berdua sudah putus tunang ternyata benar. Pekin juga ada menyebut nama Sharnaz Ahmad sebagai orang ketiga yang menggangu hubungan cinta mereka.

Malah kata Pekin di dalam Kosmo lagi dia ada bukti yang tunangnya, Uqasha ada menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan persiapan perkahwinan Pekin dengan Uqasha sekarang?

Pekin: Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.

Boleh jelaskan punca perpisahan yang berlaku?

Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.

Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Adakah anda mempunyai sebarang bukti tentang kecurangan yang dilakukan?

Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Uqasha buat perangai kali ketiga

Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.

Adakah sebarang harapan untuk anda kembali menjalinkan semula hubungan dengan Uqasha?

Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami. Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.

Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.

Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.

Apakah perancangan anda selepas ini?

Kalau diikutkan sekarang ini saya sedang dalam proses untuk menghasilkan buku yang kedua berjudul Bintang Satu tetapi ia sedikit tergendala kerana masalah yang menimpa saya ini.

Selepas ini saya kembali menyambung semula menyiapkan buku berkenaan yang kini sudah siap sebanyak 70 peratus.

Selain itu, saya juga akan terus fokus kepada kerjaya saya dalam bidang seni.

sumber : Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold