Nurul Wahab Selamat Bersalin Anak Lelaki

Penyanyi Nurul Wahab selamat bersalin anak lelaki pada jam 10 pagi tadi. Nurul memberitahu berita gembira itu di laman webnya . Bayi lelaki yang diberi nama Z pada huruf pangkalnya itu seberat 3.02 kg. Nurul dan Eric bernikah pada tanggal 6 Jun 2012. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Duchess Places Ampang, Kuala Lumpur .

Gambar jari je dulu   – anak Nurul Wahab

 

“Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital.  Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..”, tulis Nurul di blog

Bayi itu merupakan anak kedua Nurul dan anak pertama buat Eric. Keluarga sebelah mertuanya sangat teruja kerana bayi itu ialah cucu pertama mereka.

Nurul juga akan memberitahu berita gembira itu kepada anaknya Ayu yang kini di Johor kerana menduduki peperiksaan PMR.

 

 Gambar Nurul dukung baby di samping mertua

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold