Nora Danish Jawab Isu Rumah 7 Juta & Kereta Ferrari

Kisah hubungan mesra Nora Danish dan Nedim Nazri semakin diketahui, timbul pula kisah Nora mendapat rumah banglo bernilai 7 juta yang  dihadiahkan padanya dan sebuah kereta Ferrari. Nora menafikan dakwaan itu, dan menerangkan banglo itu bukan untuk dirinya tetapi untuk ibu Nedim.

“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,”

“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”

Keterbukaan Nedim anak VVIP,   berkongsi gambar mesra mereka

“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri sahaja.

“Saya berkawan rapat dengan ramai orang  dan mereka yang bercakap begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”

sumber :gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nora Danish Jawab Isu Rumah 7 Juta & Kereta Ferrari”

  1. kie says:

    ..Banyak nye duit..dpt beli rumah n kete felali..kita ade keta poton aje
    kie recently posted..KisahKu Almera Contest 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold