Murid Tahfiz Kena Rotan Terima 30 Jahitan

Seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz  terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.
Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak  sembilan kali,”

Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan  rakan dan dua guru lain.

sumber: Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Murid Tahfiz Kena Rotan Terima 30 Jahitan”

  1. Arieon says:

    harap harap individu yang bertanggungjawab diambil tindakan…
    Arieon recently posted..Kereta sewa semasa Majlis Konvokesyen UMS

  2. sahara says:

    mengapa nak ambil seorang warga bangladesh untuk mengajar budak2 tafiz?? Pihak kerajaan patut kaji masalah ini secara serius dan disoal siasat hal ni. Orang yang bertanggung jawab mencederakan sibudak ini sehingga begitu teruk terkoyak kulitnya harus dibicarakan dimahkamah.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold