Mertua Nurul Wahab Teruja Sambut Cucu

Mertua kepada Nurul Wahab sangat teruja dan sanggup terbang dari Perancis untuk sambut cucu pertama mereka yang baru lahir. Baby “Z” anak pertama¬† Nurul dengan Eric Depp. Suaminya Eric sendiri telah mengazankan bayi mereka. Nurul¬† dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini.

“Saya bersyukur dengan doa peminat semua, bayi ini telah lahir dengan selamat. Malah saya juga cukup gembira kerana rakan terdekat telah datang melawat saya walaupun badan masih dalam keadaan lemah,”

Antara selebriti yang telah datang melawat bagi meraikan hari bahagia berkenaan iaitu Ning Baizura, Daphne Iking, Noryn Aziz dan teman rapat penyanyi Tika Cinta itu.

Sementara itu Eric Depp berkata, tiada kata lain yang dapat diungkapkan selain perasaan syukur dengan kelahiran bayi sulungnya itu.

“Saya sedikitpun tidak rasa kekok atau takut apabila Nurul meminta saya menghantarnya ke hospital pada malam kelmarin kerana semuanya sudah siap untuk menerima kemunculan bayi ini.

“Bagaimanapun saya tak sangka, bayi ini telah lahir dalam jangkamasa yang singkat kerana sangkaan saya mungkin ianya akan mengambil sedikit masa,”

sumber : Murai.com.my

Gambar dari murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold