Liyana Jasmay Hamil Dua Bulan

Dalam diam pelakon Liyana Jasmay dilaporkan telah hamil dua bulan. Liyana berkata dia bukan hendak berahsia mengenai berita kehamilannya itu kerana beranggapan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada pihak media.
“Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini.
 
“Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu”, katanya yang kini hamil dua bulan.
Liyana juga berkata dia mengetahuinya sejak sebulan lalu setelah mendapati diri tidak datang bulan dalam tempoh yang lama. Kemudian, dia membuat temu janji dengan doktor dan ketika pemeriksaan dijalankan dan mengesahkan Liyana sudah  mengandung.
Sejak berbadan dua ini Liyana lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana badan selalu berasa penat dan megalami alahan.
sumber : Malaysian Digest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold