Laporan Bajet 2014

Bajet 2014 bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Razak di Parlimen sekitar jam 4 petang ini. Apakah itipati dan kejutan yang bakal diumumkan oleh PM pada petang ini sama sama kita nantikan laporan penuh Bajet 2014.

Laporan secara langsung Bajet 2014  disiarkan di saluran tv dan juga online.

Tema bajet 2014 ialah Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana Janji

Lima Teras Bajet 2014

Teras Pertama : Merancak aktiviti ekonomi

Teras Kedua : Mengukuh pengurusan fiskal

Teras Ketiga : Mengunggul modal insan

Teras Keempat : Mempergiat pembangunan bandar & luar bandar

Teras Kelima : Mensejahtera kehidupan rakyat

Bantuan BR1M 3 dinaikkan dalam Bajet 2014

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M untuk isi rumah dinaikkan dari RM500 kepada RM650

Kadar BR1M bagi individu dinaikkan dari RM250 kepada RM300.

Skim tambahan BR1M : Caruman iBrim RM50 Takaful untuk ketua isi rumah.

Takaful BR1M  ( Caruman iBrim)

Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris bakal mendapat manfaat sehingga RM30,000

Had pendapatan layak  dinaikkan di bawah RM4,000

 

Pelepasan cukai

Pelepasan cukai khas RM2,000 bagi individu dengan pendapatan bulanan sehingga RM8,000

 

Rumah Mampu Milik

Kerajaan telah peruntuk RM1.9 bilion pada tahun 2013 untuk membina 123,000 rumah mampu milik

 

Kerajaan beri hampir RM4 bilion kepada kumpulan sasaran menerusi Program Bantuan Tunai.

 

GST dilaksanakan

Kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 % akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Cukai GST tidak dikenakan ke atas barang makanan utama seperti tepung, beras, gula, garam, dan seumpamanya.

 

Bantuan kepada pelajar sekolah dan baucar buku

Meneruskan bantuan persekolahan RM100 kpd pelajar sek rendah & menengah bagi meringankan beban belanja sekolah

Meneruskan Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT bernilai RM250.

-Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar prauniversiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian.

 

Peruntukan kepada PDRM

Membeli peralatan dan kelengkapan anggota PDRM (RM200 juta)

2,000 unit Unit Rondaan Bermotosikal PDRM bagi tempoh 2013 & 2014.

Peruntukkan RM8.8 bilion kepada PDRM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah

 

Peruntukan kepada ATM

RM202 juta pula akan diperuntukkan untuk membina dan membaik pulih kuarters warga ATM.

Peruntukkan RM48 juta bagi tujuan kebajikan 20,000 orang veteran ATM meliputi perubatan, ex-gratia dan pendidikan.

Peruntukkan RM13.2 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia dlm meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera.

 

Subsidi Yuran Taska

Naikkan kelayakan pendapatan bulanan isirumah penjawat awam kepada RM5,000/bulan untuk terima subsidi yuran TASKA RM180/bulan.

 

Bantuan untuk keluarga berpendapatan RM900/bulan

Bantuan sebanyak RM250 sebuan kepada keluarga berpendapatan tidak melebihi RM900 sebulan.

 

Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah AIM : RM300 juta dan TEKUN : RM700 juta.

Meneruskan bantuan bernilai RM6 juta untuk pengurusan pentadbiran persatuan karyawan seni yg berdaftar.

Dana RM30 juta untuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Dana RM200 juta oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman utk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kwsn strategik

RM100 juta utk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India (SPUMI) di bwh TEKUN dan pinjaman di bwh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

 

Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah

60 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia KR1M akan dibuka

Harga Gula Naik

Subsidi gula dikurangkan dalam erti kata lain harga gula naik mulai esok.

Kerajaan mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.34 pada 26 Oktober 2013.

 

Meningkatkan pengambilan pelajar UiTM kepada 250,000 pelajar.

 

Pemberian Bonus setengah bulan gaji untuk pekerja awam

Pemberian bonus sebanyak separuh bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada pekerja perkhidmatan awam.

Bayaran akan dibayar pada awal Januari 2014.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold