Kutipan KL Gangster2

Filem KL Gangster2 mengumpul kutipan 3.4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Walaupun filem Syamsul Yusof  ini bocor ianya tetap mendapat sambutan baik dan mengalahkan kutipan filem Dampak yang hanya mengutip 600 ribu walaupun meletakkan Aaron Aziz sebagai hero utama.

Mampukan Filem KL Gangster2 mencapai box office menyamai kejayaan KL Gangster pada tahun 2011 yang mengutip 12 juta.

Komen Datuk Yusof

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3 juta lebih namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

 

Kemaskini

KutipanKL gangster2 5 juta, Datuk Yusof tetap bersyukur

Penerbit filem, Dato` Yusof Haslam lega apabila filem arahan anaknya, KL Gangster 2 berjaya mengutip sebanyak RM5 juta meskipun berhadapan dengan isu penyebaran Internet dan cetak rompak sebelum ini.

Malah bagi Yusof, ianya merupakan satu rahmat buat filem arahan Syamsul Yusof itu walaupun telah kehilangan 70% penonton gara-gara insiden tersebut namun dia tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.

Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 59, sebelum ini bagaimanapun tidak berharap tinggi gara-gara penyebaran filem itu di Internet dan mensasarkan kutipan sekitar RM1 juta sahaja tetapi atas sokongan peminat tempatan, kutipan di panggung berjaya mencecah RM5 juta.

“Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.

Dalam pada itu, Yusof masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.

Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.

Yusof dengan nada terkilan berkata dia kecewa apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filemnya tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa syarikat produksinya tidak akan berulang kepada penerbit lain.

KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.

Ia telah ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kutipan KL Gangster2”

  1. sahara says:

    bagaimana pun saya tidak gemar filem2 penuh keganasan. Musikal lebih baik macam filem hindustan… lebih relax

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold