Kisah Percintaan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Yang Terhalang

Percintaan Wawa Zainal dan Aeril sejak 2010

Mereka mula berkenalan pada tahun 2010 di set penggambaran drama ‘Klik‘. Selepas itu, mereka mula menjalin hubungan cinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan. Apabila ada halangan sebegitu, mereka lantas menafikan mereka menjalin hubungan cinta.

Seterusnya, pada tahun 2012, Aeril berjumpa dengan bapa Wawa dan menyatakan hasratnya untuk menikahi Wawa. Disebabkan hubungan mereka dihalang oleh pihak pengurusan, mereka mengambil langkah untuk bernikah secara senyap, selain untuk mengelakkan diri mereka daripada gejala yang kurang baik seperti maksiat.

Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan buat kali pertama pada 25 Februari 2012, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan bersaksikan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.

Pernikahan buat kali pertama itu tidak mengikut undang-undang, namun sah disisi Syariah kerana menepati Rukun Nikah dan pernikahan mereka itu tidak didaftarkan. Majlis pernikahan pertama mereka diadakan di kediaman pengurus Aeril, Shahriman Wahap di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Wawa minta maaf, berbohong kerana bersebab

Pernikahan kali pertama mereka tidak dihebohkan kerana Aeril menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya.

Namun, apabila Wawa mendapati yang dirinya hamil pada sekitar bulan Januari lalu, dia memberitahu kepada Aeril mengenai perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah kali kedua mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia. Ini kerana mereka ingin anak yang bakal lahir nanti dapat ‘ber-bin’ nama Aeril. Seterusnya, mereka bernikah buat kali yang kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya.

 

“Kami minta maaf kepada semua, pihak media dan juga barisan peminat kerana sebelum ini kami menafikan berita perkahwinan kami. Di awal fasa perkenalan saya dengan Aeril, saya memberitahu pihak pengurusan yang saya sedang berkawan dengan Aeril. Namun begitu, pihak pengurusan melarang saya berbuat demikian. Berkawan tidak boleh, apatah lagi bercinta atau pun berkahwin. Jadi tindakan kami merahsiakan perkara ini kerana rasa hormat kepada pihak pengurusan saya dan atas dasar menghormati kontrak saya bersama mereka,” jelas pelakon drama ‘Ana Lulu’ ini.

“Di sini juga saya ingin menjelaskan yang memang benar saya terkena penyakit misteri. Ada pihak meragui saya. Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan penyakit ini,”
“Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak saya,” j

Apabila disoal mengapakah mereka bernikah tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada di negara ini, Aeril menjelaskan yang dia mendahulukan undang-undang Allah daripada undang-undang manusia kerana mahu sebuah hubungan yang halal di sisi Islam.

“Saya mahu hubungan saya dan Wawa menjadi hubungan yang halal di sisi Islam, sebab itu saya nikahi dia dahulu. Namun selepas itu, seperti pasangan lain, kami juga ada perancangan untuk mempunyai cahaya mata,” ujar Aeril.

“Lepas saya dapat tahu Wawa hamil, saya ambil keputusan untuk bernikah sekali lagi mengikut undang-undang sebab mahu anak itu nanti ‘ber-bin’ nama saya. Kalau kami tak daftarkan perkahwinan kami, anak itu akan ‘ber-bin’ Abdullah, walhal dia anak saya. Saya mahu dia ‘ber-bin’ Suhairil. Namun begitu, orang ramai salah tafsir yang kami berdua terlanjur dan menganggap anak itu anak tidak sah taraf sedangkan perkara itu sebaliknya,” cerita Aeril panjang lebar.
Anak hasil pernikahan Wawa dan Aeril, Ahmad Fakhruddin Attar selemat dilahirkan di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 24 Ogos yang lalu pada jam 9.25 pagi. Kini anak mereka memasuki usia dua bulan.

Peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria mengulas mengenai tindakan mahkamah yang dikatakan akan diambil oleh Aeril masih dalam siasatan lagi.

“Masih belum ada keputusan lagi kerana untuk tindakan yang melibatkan mahkamah, semua perkara perlu diteliti di segenap aspek. Semuanya masih dalam siasatan lagi,”

sumber: Gua.com.my

Soal jawab dengan wartawan

Kenapa nikah dua kali?

AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.

Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?

AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.

Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?

AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.

Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?

AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.

WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

 

DIKUARANTIN PIHAK MIG

Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?

WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.

Jadi kontrak sekarang macam mana?

WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.

Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?

WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.

Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?

AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.

Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.

 

DAVID TEO NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA

Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya  tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.

Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?

DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk  mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?

DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?

DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold